Assalamualaikum..
Pertama sekali, ini bukan entry jiwa jiwa.. Sekadar meluahkan sesuatu akan tentang kehidupanku..
Di dalam suasana kesibukkan yang agak terbatas, menghadapi hari hari mendatang dengan penuh dengan keazaman.. Sungguh sekarang amat ketara jadual dan perihal keadaan aku.. Keadaan berubah..
Aku kini masih baru bergelar bapa (lagi 5 hari genab 3 bulan umur Qistina).. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya.. Aku di beri anugerah yang amat bernilai di dalam kehidupan kami suami isteri.. Dan tanggungjawap aku semakin bertambah.. Semakin bertambah jua akan tanggungan aku.. Dari menjadi seorang suami.. Dan sekarang aku menjadi seorang ayah.. Moga aku di beri kekuatan di dalam menjadi seorang yang sabar dan tabah.. Syukur, Alhamdulillah..
Dan kesibukan ini membuatkan aku semakin terhad di dalam melihat keadaan dunia blog masa kini.. Dan semakin aku jarang untuk menghasilkan sesebuah entry baru mengikut tema blog jiwa jiwa.. Dan aku sedar, semakin jua aku berkurangan di dalam menghasilkan isi isi entry di dalam motivasi dan berbentuk luahan jiwa.. Ya.. Semakin berkurangan..
Di dalam sedar tidak sedar, blog jiwa jiwa sudah berumur 6 bulan.. Follower sudah menghampiri 5,000 orang.. Pageviews sudah melebihi 833,000..
Aku amat sibuk di dalam kerjaya aku sebenar.. Dunia blog bukan punca pencarian nafkah rezeki aku.. Jika sebelum ini kerap aku update entry.. tp kini pasti akan ada jarak masa yang membezakan..
Untuk pengetahuan
1- Aku bukan seorang pakar di dalam soal hati.. Atau DR Love.. Atau Pakar soal hati.. Atau agen jodoh.. Atau apa apa saja jawatan @ gelaran yang seangkatannya.. (pada yang terasa, mohon maaf)
2- Aku bukan jua Ustaz, atau seorang yang Alim.. Atau seorang yang teramat baik.. Aku jua ada salah.. Selalu melakukan kesilapan.. Ada jua kesalahan.. Jangan terlalu anggap aku baik.. Aku ni jenis rileks rileks je..
3- Aku sudah berkahwin.. Sudah berkeluarga.. Walau aku kadang mcam hua hua.. tpi aku sayang bini aku wehh.. Iman aku nipis je.. jangan goda erkk.. huhu
4- Tak yah la tanya macam mana rupa aku, kerja apa.. main acc FB aku ke apa2.. aku ni takde menarik sangat.. just suka suka kongsi luahan rasa ja..
5- Jangan la puji puji pasai entry aku ni.. Jangan la duk angkat angkat aku.. seyes.. aku takut aku semakin menjauh pada hakikat.. Risau.. Just baca.. Kalau suka just share.. Makaseh ye.. sudi.. Sorry pada yang terasa...
6- Mohon maaf, selalu komen tak terjawap.. Selalu aku tak reply kunjungan blogwalking.. Selalu menolak utk gathtering sesama blogger.. Selalu tak terjawap pertanyaan soal hati..
6- Lagi satu amat aku menyampah dan tak suka pada budak bawah umur bersembang bab cinta.. CTH: belum SPM dah macam seyes nak kawen..
Erk.. dah macam karangan pulak.. hurm.. bahasa pun dah semakin rojak.. sekian leteran aku.. next entry akan serius.. sorry..
Dan terima kasih berbanyak sudi lepak sini :)