Sunday, September 11, 2011

Ikatan Janji Diuji dan Diduga




Di dalam kehidupan berumahtangga, amat dan tidak sama dengan kehidupan semasa kita tidak terikat dengan mana mana hubungan seperti masa bujang.. Kita di uji dan kita di duga dengan bisikan yang selalu saja membisikkan satu kelainan rasa.. Kadang menguji akan kewarasan kita..

Bercakap pada yang punyai tanggungjawap.. Berkata kita pada satu kehidupan yang tidak sama pada satu hubungan.. Tidak mudah untuk mengekalkan apa yang kita ada.. Untuk kita hancurkan, hanya semudah yang kita berbicara..



Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dengan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya.. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan..

Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya

Inilah hakikat kehidupan, kegagalan dan kejayaan adalah warna warninya, ujian dan tekanan hidup mencorakkan watak dan peribadi manusia.. Kadang-kadang ujian hidup menjadikan seseorang itu lebih teguh keimanannya namun ada juga terkulai dalam pelukan dunia..

"Manusia masih mampu mempertahankan keimanannya dalam suasana biasa namun apabila berlaku perubahan pada suasana kehidupan sehingga luar dari kebiasaannya, berbagai perubahan berlaku pada dirinya.. Ada manusia yang bersyukur dengan kenikmatan yang melimpah ruah namun lebih ramai lagi yang kufur sehingga Allah seolah-olah tidak wujud lagi dalam hidupnya.. Ada manusia yang diuji dengan kepapaan lalu dia menyalahkan Allah SWT dan hanya sedikit yang mampu bersabar"


Keinginan adalah salah satu warna yang mencorakkan jiwa manusia.. Keinginan yang dibangunkan atas dasar nilai dan kebaikan menjadikan seseorang itu dipandang mulia dan dihormati.. Manakala keinginan yang dikuasai nafsu serakah dan dosa akan menjadikan seseorang itu dipandang keji dan ditakuti kejahatannya..

Sesebuah perkahwinan adalah satu ikatan janji antara dua pasangan di dalam mencari keredhaanNya.. Dan bukanlah sebuah hubungan yang hendak diuji uji sama ada sepadan atau tidak.. Setelah menjadi halal bagi satu akad itu, terimalah seadanya kekurangan dan kelebihan.. Yang mana mendidik agar menjadi yang terbaik..

Perkahwinan bukanlah satu tempat untuk menilai sama ada kita sudah bersedia atau tidak.. Jika sudi menjadi tanggungjawap, sama samalah kita membentuk dan memikulnya.. Jika hati masih mentah, dan masih rasakan tidak mahu berusaha untuk menjadi yang terbaik, bersedialah untuk diuji dengan tekanan yang mungkin akan rebah dan tersungkur..

Kita diuji tidak sama dengan ujian dengan orang lain.. Ada kalanya kita diuji dengan kemewahan.. Ada dengan kesenangan.. Dan ada jua dengan kemiskinan.. Ada jua dengan nafsu dengan penuh mengoda.. Kadang kita di uji dengan kesunyian dan jua kesepian..

Dan selalunya di dalam sebuah perkahwinan kita di duga dengan nilai kesetiaan.. Kecurangan dan kesempitan hati di landa kesunyian dan perhatian..

Betapa hari ini kita melihat kepincangan berlaku dalam persoalan nilai dan pertimbangan dan hari ini kita melihat dunia mula hilang keseimbangan dan mula kehilangan nilai.. 

Hari ini kita melihat betapa rumahtangga tidak lagi menjadi tempat berteduhnya jiwa jiwa yang sedang tumbuh membesar, anak-anak tidak lagi menjadi anugerah berharga bahkan ada yang dibuang-buang, rumahtangga tidak lagi menjadi tempat untuk kerehatan dan ketenangan, kepimpinan tidak lagi menjadi amanah dan tanggungjawab bahkan kehidupan itu sendiri kini telah dijadikan bahan mainan dan perjudian..

*Entry yang akan datang datang (entah bila pun tak tahu) akan di ceritakan tentang kesetian, kecurangan.. Kesunyian dan kesepian.. Mood tengah bosan.. Minggu depan tidak bujang lagi.. muahaha.. Qistina dn wife coming back.. :)





Comments
0 Comments

0 Orang Yang Prihatin: