"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Hati juga boleh melihat, walau tiada mata..Namun pandanganya masih lagi ada.. Merenung jauh dimana jasadnya jiwa.. Merasai keindahan terciptanya perasaan..
Hati bertapaknya iman.. Ada kala duka dan suka.. Menjadi tempat menyimpan kata kata.. Mungkin akan selalu ada.. Yang indah dan derita..
Hati tempat tersemat janji.. Percaya dan memberi.. Akan sesuatu yang telah menyimpan akan sesuatu.. Menjadi pegangan satu kekuatan.. Untuk menjadi pendoman..
Hati boleh merasa pahit tanpa lidah.. Hati terluka dihiris kata kata.. Sakit dan pedih.. Merawatnya jua sendirian..
Hati menjerit tanpa suara..
Hati yang menderita angkara lidah dan tangan..
Yang sepi pun hati.. Yang faham juga hati.. Yang khusyuk juga hati.. Yang tawadhu' juga hati.. Yang inginkan bahagia, juga dihati.. Yang ada pada kita pun hanya sekeping hati..
Hati jangan dikau gusar.. Jangan ada cemburu.. Alangkah hebatnya hati.. Walau remuk, sakit, pedih, retak seribu, dipalu, dihimpit, diketuk, dicuri, dilukai, namun hati tetap hati.. Masih mampu mengukir bahagia di hati..
Hati ....redhalah apa yang menimpamu
Hati ....sabarlah atas derita sakitmu
Hati ....syukurlah dengan nikmat yang diberi kepadamu
Hati.....janganlah kau jemu mengingati Penciptamu
Hati.....jangan padamu terhimpun dosa
Hati.....taubatlah agar kau suci semula
Solat mulanya di hati..
Aqidah juga di hati..
Hati... Ikhlaskan kerana Tuhanmu..
Apabila tubuh mati, Allah menyeru hati..

. . . . .
Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;
Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t
Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.
Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."
(Riwayat Muslim)
*Andai ada yang ingin meluahkan pendapat.. Atau memberi teguran.. Aku mengharap..