Monday, September 5, 2011

Dan Kadang Sepi Itu Ada Warnanya





Cinta itu bukan satu perkara yang harus dicuba cuba , bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa ada usaha untuk menjaganya..


Hati ini bagaikan tersiat siat apabila cinta dicurangi.. Terasa amat ngilu dan sakit.. Tiada siapa yang memahami apa rasa hati.. Dibiarkan semakin sakit dan menjadi dendam yang tak sudah sudah.. Amat kecewa dan tiada lagi harapan seolah tiada lagi hari esok..

Sepi ini telah mencengkam jiwa dan menghimpitkan perasaan.. Sedang sendirian melihat di dalam kepayahan diri mencari siapa kita di dalam diri sendiri.. Tiada siapa mahukan perasaan sepi ini, walau kemana arah kita pergi menjauh melarikan diri ke sana sini.. Sepi itu akan kunjung tiba jua..



Bila cinta itu tdk lagi bermakna kita rasakan kita adalah manusia yang hilang satu arah.. Kita lupa dan terus hanyut membiarkan hati kita membenci satu wajah hinggakan merasakan hati kita telah mati.. Dalam mencari cinta baru, kita diselimuti bayang lalu yang seakan menyesakkan dada..


Bila kehadiran cinta itu ada tapi di tolak dan tdk diterima olehnya, janganlah kita berputus asa dan membenci seraut wajah itu.. Kerana mgkin masa dan tempat yang tidak kena.. Dan mungkin kerana jodoh itu telah tiada.. Siapalah kita untuk terus mendendami satu suratan..

"Ya Allah.. Andai dia bukan untukku.. Bawalah dia pergi jauh jauh dari relung jiwa ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu"

Perpisahan lebih baik dan bermakna dari kita terus membohongi diri kita dengan kepalsuan pada erti perhubungan.. Dan terus memujuk hati kita seolah tiada angin yang melanda.. Sayu dan pilu.. Perit dan pedih.. Kecewa jua akhirnya..

Dan kadang perpisahan itu bukan mengajar kita untuk terus lemah, tapi memberi kekuatan pada diri sendiri untuk menilai sesuatu perhubungan itu sama ada bahagia atau tidak dengan memilikinya.. Dan apabila menjadi satu hubungan yang menyusahkan, lebih baik lepaskan saja dari terus menyakitkan hati dan menyiksa diri..

Kita hilang satu arah di dalam mengejar satu rasa yang kita sangkakan cinta.. Dan bila kehilangan itu menghantui kita, saban hari kita menyalahkan takdir.. Sendirian di dalam mengejar mimpi agar menjadi lebih indah..

Kita punyai pilihan sama ada utk terus kecewa atau bangun utk mencari satu kehidupan.. Kita punyai akal yang waras menangisi kejamnya cinta atau membina kekuatan diri di dalam mencari identiti kita.. Tiada siapa yang dapat mengubah kehidupan kita.. Berusaha, berdoa dan bertawakallah pada Allah..


Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.. Pasti ada yang lebih baik menanti kita walau patah itu ada sakitnya, hilang berganti tiada samanya.. Namun, yakin dan pastilah kita bertemu yang salah sebelum menjadi yang hak pada kita.. Berdoalah..

Sepi itu indah.. Sunyi itu kadang adalah pengubat rindu.. Di dalam menanti sesuatu yang lebih bermakna.. Dan kadang sunyi itu ada warnanya.. Warna yang menanti cantiknya pelangi di balik awan



Comments
14 Comments

14 Orang Yang Prihatin:

macam ku kata said...

setakat ni..baru nak belajar bercinta lagi..biar lah cinta lalu berlalu dan semngt cinta baru dtng dengn rahmtNya...

Hashimanor said...

kena pada jiwa..sunyi itu ada ada warnanya,warna yang menanti cantiknya pelangi di balik awan...satu kata indah

jaY said...

"Ya Allah.. Andai dia bukan untukku.. Bawalah dia pergi jauh jauh dari relung jiwa ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu"

senang je angah, delete je dr fesbuk,list email,contact no.bla bla bla kalau takut / taktau nk bercinta..jgn la cabar diri nk cuba2. duk rumah diam2 layan sunyi-sepi tu dalam-dalam. mana tau tengah duk cangkung berak kt rumah tu..ada cinta yg muncul

Redha aja la dgn ketentuan tuhan, kalo mmg dah xbole bersama....takut akan menjadi dendam bila hati tidak redha :)

anGah said...

@macam ku kata insyaAllah :)

anGah said...

@Hashimanor :)

anGah said...

@jaY ang sungguh misteri.. slmt hr raya beb.. huhu

:: Le3ya :: said...

bcinte xsemestinye memiliki..i admit that..

hafrawiey ozakawa said...

wah...jiwang...ehhh x la..i think..nice entry to read..im pleasure abot it..

http://hafrawiegeek.blogspot.com/(followsekali)

Syafiyana said...

nice....kene ngan jiwa... semangat untuk trus bangkit....y berlalu harus dilepaskan.

shandye. said...

setiap yang bertemu pasti akan berpisah. tanpa kita sedari sebenarnya kita harus bersedia untuk menerima hakikat perpisahan yang hakiki itu...

=)

..ika itu aku.. said...

anGah, nak duit raya!!!!!!huhu

anGah said...

@..ika itu aku.. haha.. memang tak dapat la.. huhu

eh bila nak tukau warna tulisan.. silau mata.. huhu

..ika itu aku.. said...

@anGah
silau mata ye..
cit!!haha

tak tau la blenye nak tukau..
take a break sat..
tgk la mggu dpn ke, bln dpn ke..hoho

Anonymous said...

hai semua .....