Monday, September 5, 2011

Setelah Bercuti Panjang, Kita Kembali Pada Kehidupan Asal

.........Gambar sekadar hiasan

Masa berlalu begitu pantas, terlalu banyak yang ingin kita kejar tanpa disedari banyak pula yang kita abaikan.. kita lupa dan membiarkan sesuatu perkara itu berlalu dan pergi.. Mungkin kita tidak sedari dan langsung tiada niat di hati untuk melepaskan.. Dan mungkin jua kita terlalu asyik dengan dunia kita hinggakan kita tidak menitik berat akan sesuatu perkara tersebut..

Tak perlu diperincikan perkara perkara yang kita telah terlepas.. Dan mata kita yang memandang ringan dan jua mungkin kita tidak langsung mahu mengambil berat..



Inilah realiti kehidupan kita hari ini.. Hanya keimanan yang akan meletakkan kita pada jalan yang betul.. Hanya keimanan yang akan membina neraca yang benar dalam menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa pula yang perlu kita abaikan..

Dunia memang terlalu menyibukkan hingga kadang-kadang kita lupa diri dan keliru dengan apa yang kita sibukkan.. Seringkali kita biarkan terabai perkara perkara yang utama dan menghabiskan sebahagian besar dari masa kita dalam perkara perkara yang kurang utama..

Ketika inilah kita perlukan kerehatan.. rehat jiwa, untuk kita bangunkan semula kekuatan iman dan seterusnya berbekalkan kekuatan iman ini kita menongkah arus yang seringkali menyebabkan kita tersungkur dan hilang arah tujuan..

Inilah hakikat kehidupan kita yang sebenar..

Dan setelah kita rehatkan diri.. Sebagai contoh baru saja kita menyambut Aidil Fitri.. Baru saja kita bercuti panjang di kampung halaman bersama sama keluarga.. Dan hari ini.. Kita tanamkan azam pada diri kit.. Bersemangat untuk menunaikan kewajiban kita.. Mencari rezeki pada yang sudah bekerjaya..

Kerana kita punyai tanggungjawab.. Kerana kita punyai tangungan.. Kerana kita seorang suami mungkin.. Kerana kita adalah ketua keluarga seorang bapa.. Dan kita punyai kehidupan sebenar, mungkin seorang ibu atau isteri yang bekerja..

Di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat bekerja pada yang bekerja dan selamat maju jaya jua pada yang masih lagi belajar



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

utamakan yang utama...mana yang penting didahulukan...

Sya_Merpati Putih 88 said...

utamakn tanggungjawab pd agama, kerjaya, keluarga dan kena uruskan masa dgn bijak, jgn smpai ada kerja betrtangguh..

selamat kembali menjalakn kan tugas..

anGah said...

Sunah: betoi tu.. utamakan yang utama.. huhu

Terbang : yups.. sama sama

Unknown said...

@anGah

kembali meluahkan perasaan di blog jiwa-jiwa ini...