Friday, September 9, 2011

Hati Yang Kita Layari Penuh Dengan Dusta


Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang kadang kita rasakan mati lebih baiknya dari hidup..

Kita boleh menangis tapi bukan dengan rasa kehinaan.. Kerana tangisan itu bukan lambang kelemahan diri.. Kerana air mata yang mengalir itu bukannya tanda kita kalah.. Dan kerana teresak kita menangis bukannya bererti kita lemah.. Tapi milik hamba yang sedar diri.. Punyai kesedaran.. Punyai hati..

Kita boleh ketawa dan ketawa.. Namun janganlah ketawa seolah kita telah lupa.. Tapi sekadar menghilang duka yang selalu ada.. Kerana kita juga insan hina selalu tersungkur dan lupa kita siapa.. Jauh sekali untuk kita mengenang.. Jauh sekali untuk kita menghilang.. Akan kepedihan diri yang rasa..

Perkara yang paling amat menyedihkan dalam hidup kamu apabila bertemu dengan seseorang dan saling rasa yang amat dalam.. Dan pabila hubungan itu tidak menjadi restu dan terpaksa menerima hakikat tiada jodoh merupakan sesalan yang dikandung sepanjang hidup.. Kekecewaan tdk dpt digambarkan dengan kata kata.. Tersimpan rahsia sampai nafas yang terakhir



Kita juga kan mampu tersenyum.. Tersenyum kita mengukir kenangan.. Tersenyum kita tika kita di dalam hati yang tenang.. Senyuman yang terukir ketika Iman menghiasi jiwa.. Dan ketika zikir dan fikir menemani diri lalu kita sentiasa sedar bahawa dimana pun kita berada kita sedang berdiri di bumi.. Di dalam kita mencari siapa kita, lalu kita masih lagi tersenyum..

Berdirilah dibumi ini agar kita memiliki diri lalu bangun menongkah pagi dengan cita dan keazaman dan dengan iman yang memagari diri.. Bangun kita di dalam jiwa yang kuat.. Penuh dengan keazaman yang membara.. Bangun kita untuk menjayakan satu matlamat.. Jangan kita lemah.. Jangan kita tersungkur.. Bangun untuk terus memberi harapan pada diri sendiri..

Sepi itu indah buat yang mengerti, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat kamu tenteram, mengajak hati menghayati setiap kejadian yang berlaku.. Bukan sepi yang membuat kamu sengsara namun sepi akan menyedarkan kita yang dunia ini tidak selalu indah.. Kerana kadang duri didalam setiap cerita pasti ada di hati kita



"Cinta memang menyakitkan, tetapi kadang-kadang cinta memang boleh membawa kebahagiaan jika kita pandai menjaganya"




Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

Zul fattah said...

erm.. masa bercinta semua nya indah.. tapi bila dah keseorgan macam ni.. sayu.. sedih.. rasa kosong jiwa ni..

aamalinaazman said...

=]
hidup itu indah jika "bijak"
hidup itu derita jika "kaku"

Sunah Sakura said...

angah....rasa syahdu baca entri ni...menenangkan hati yang sedang lara...

anGah said...

zul: sabar.. lek lek.. masa panjang lagi..

aimie: betoi tu :)

sunah: asyik sedih je? nape eh? huhu