Thursday, September 15, 2011

Semakin Menjauh Pada Satu Kisah Maya


"Aku pelangi namun tiada mewarnai indahnya matamu.. Aku mentari namun tiada memberi kehangatan padamu.. Aku sang bulan namun tiada cahaya menyuluh gelapnya malam.. Aku bintang padamu namun tiada kelihatan akan sinar pada kilauan"

Jauh itu aku dan kamu.. Sepi itu jarak antara aku dan kamu.. Sunyi itu ada pada aku dan kamu.. Aku dan kamu ada rasa yang semakin jauh.. Kamu dan aku bukan lagi kita yang dulu.. Aku dan kamu kini satu kisah yang telah mati

Seperti musim yang terus meruntuhkan hujan tanpa bosan
Cinta yang ternoda selalu ada mengirimkan airmata
Kesetiaan tergulung ngeri kerana awan memenuhi hari
Lautan sunyi si pencinta memutus mimpi, camar sendiri



Seperti musim yang terus menangis dengan wajah sepi
Harapan bersama telah hanyut terbawa arus mungkin pupus
Hendak mencapai, namun tangan masih tidak tercapai
Lautan sepi, batu-batu menjadi mati mengingkar janji, sunyi

Dengar akan aku.. Dengar akan sesuatu.. Dengar alunan yang memberi satu rasa.. Kerana aku telah penat.. Kerana aku jua ada lelah.. Kerana aku telah nekad.. Pada satu kisah maya.. Semakin lama semakin menjauh..


Seperti musim yang terus melahirkan kelabu tanpa ragu
Hati yang resah membuat kita saling terpaku
Arah haluan terasa suram sama gelapnya berlayar malam
Penanda arah terlanjur padam lantaran hati remuk-redam

Berharap siang awan gelap tak bosan menghadang, nasib malang
Mencuri perawan sama saja mendulang awan, bayang-bayang
Janji janji menjadi basi menanti mati sebentar lagi, bisa pari
Aku melangkah ke titik yang paling sepi hari ini…

Suara aku sayup sayup kedengaran.. Alunan menikam terus jauh ke dalam lubuk hati.. Menjadi sandaran pada jiwa.. Menjadi satu pegangan yang selalu jatuh.. Aku diam.. Diam aku berisi.. Aku pergi, tinggalkan satu budi..


*Selamat Menyambut 16 September.. Tengah bersiap, berkemas pulang ke kampung Alor Janggus.. Bercuti rehat hingga hari selasa mungkin.. Dan hari hari yang mendatang tidak akan sama dengan sebelumnya.. Nanti kupulang bertiga sekeluarga, tiada lagi sunyi seorang..
Mungkin selepas ini jarang update entry.. Sibuk menjadi seorang ayah :)



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Ary said...

wOw....

jaY said...

benda maya ni jgn diikut sgt..tak tau mana yg fakta/auta.. wat hiburan time sunyi bole la. Budi ditabur bila ada manfaat diberi.

Realiti tempat tuju abadi, mcm alor janggus tu..selamat bercuti angah. jrg update kami paham. diam angah kn diam berisi...heee concentrate realiti tu yg ptg. musti expert tukaq nappy, bancuh susu kan? untunglaaa ;)

cik pulau said...

bestnya..
kenapalah cik pulau tak reti nak bermadah pujangga ni ekss...
hahaha