Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada
Di dalam kehidupan kita sehariaan menempuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran di dalam mencari satu keutuhan jiwa di dalam diri sama ada kita kuat atau mampu mencari satu hakikat.. Mencari satu keyakinan di dalam diri dalam membawa watak diri mencari perubahan demi perubahan..
Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan.. Jiwa Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam.. Ibadahnya bertambah baik, akhlaknya juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya..
Kita menyerah untuk berkata kita salah, bukan bermakna menunjukkan kita telah tewas dan lemah.. Bukan menunjukkan kita kalah di dalam pengertian yang luas.. Tapi kita beralah demi sesuatu kemungkinan yang kita sendiri masih samar..
Secara fitrahnya, semua jiwa sama ada beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini.. Cuma tidak semua manusia yang dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan..
Kadang kita tidak dapat menerima teguran dari seseorang.. Kerana kita amat merasakan diri kita jauh lebih hebat dari dia.. Kerana kita punyai sikap yang sombong akan diri.. Kerana kita tetap ada ego yang makin memuncak dan semakin kita hilang akan jati diri..
Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita gagal mengesan dimana titik mula perubahan.. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil..
Itulah kita, kita berubah.. Merubah dan diubah.. Sama ada suka atau tidak.. Sedar atau tidak.. Kita akan melalui prosesnya..
Nota:
Entry yang agak berat.. Tanpa ada kisah tentang cinta.. Cuma aku cuba memberi pendapat tentang kita.. Tentang perubahan di dalam kehidupan kita.. Ada pendapat dan pandangan amatlah aku alukan.. Aku mohon agar jika ada salah sila beri teguran.. Terima Kasih