Cinta itu bukan satu perkara yang harus dicuba cuba , bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa ada usaha untuk menjaganya..
Hati ini bagaikan tersiat siat apabila cinta dicurangi.. Terasa amat ngilu dan sakit.. Tiada siapa yang memahami apa rasa hati.. Dibiarkan semakin sakit dan menjadi dendam yang tak sudah sudah.. Amat kecewa dan tiada lagi harapan seolah tiada lagi hari esok..
Sepi ini telah mencengkam jiwa dan menghimpitkan perasaan.. Sedang sendirian melihat di dalam kepayahan diri mencari siapa kita di dalam diri sendiri.. Tiada siapa mahukan perasaan sepi ini, walau kemana arah kita pergi menjauh melarikan diri ke sana sini.. Sepi itu akan kunjung tiba jua..
Bila cinta itu tdk lagi bermakna kita rasakan kita adalah manusia yang hilang satu arah.. Kita lupa dan terus hanyut membiarkan hati kita membenci satu wajah hinggakan merasakan hati kita telah mati.. Dalam mencari cinta baru, kita diselimuti bayang lalu yang seakan menyesakkan dada..
Bila kehadiran cinta itu ada tapi di tolak dan tdk diterima olehnya, janganlah kita berputus asa dan membenci seraut wajah itu.. Kerana mgkin masa dan tempat yang tidak kena.. Dan mungkin kerana jodoh itu telah tiada.. Siapalah kita untuk terus mendendami satu suratan..
"Ya Allah.. Andai dia bukan untukku.. Bawalah dia pergi jauh jauh dari relung jiwa ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu"
Kita hilang satu arah di dalam mengejar satu rasa yang kita sangkakan cinta.. Dan bila kehilangan itu menghantui kita, saban hari kita menyalahkan takdir.. Sendirian di dalam mengejar mimpi agar menjadi lebih indah..
Kita punyai pilihan sama ada utk terus kecewa atau bangun utk mencari satu kehidupan.. Kita punyai akal yang waras menangisi kejamnya cinta atau membina kekuatan diri di dalam mencari identiti kita.. Tiada siapa yang dapat mengubah kehidupan kita.. Berusaha, berdoa dan bertawakallah pada Allah..
Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?
Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.. Pasti ada yang lebih baik menanti kita walau patah itu ada sakitnya, hilang berganti tiada samanya.. Namun, yakin dan pastilah kita bertemu yang salah sebelum menjadi yang hak pada kita.. Berdoalah..
Sepi itu indah.. Sunyi itu kadang adalah pengubat rindu.. Di dalam menanti sesuatu yang lebih bermakna.. Dan kadang sunyi itu ada warnanya.. Warna yang menanti cantiknya pelangi di balik awan