Monday, June 6, 2011

Tips Untuk Meluahkan Kata Cinta Kepada Gadis Idaman





Bagi kaum lelaki, perempuan adalah sebuah misteri, yang membuatnya selalu menjadi keperluan. Namun begitu,cara untuk menyatakan cinta atau lebih baikamat perlu untuk menaklukkan hati mereka. Ramai lelaki kadang kala takut untuk menyatakan perasaan cintanya kepada gadis idamannya dengan alasan yang bermacam-macam, seperti “Bagaimana kalau ditolak?”, “Jangan-jangan aku bukan laki-laki pilihannya?”, “Bagaimana hendak memulakannya” atau “Bagaimana kalau dia menceritakan kepada rakan-rakannya, kalau semalam aku baru saja menyatakan cinta kepada dia? “. Namun bagaimana anda tahu jawapannya kalau tidak dicuba? Berikut ini adalah Tips yang terbaik yang mampu anda jadikan rujukan persiapan menakluki hati gadis idaman anda:

1. Tangkap Isyarat.Yang pertama harus anda lakukan adalah mengenali isyarat dari si dia, positif ataupun negatif. Selepas anda mengenalinya sekian waktu, tentunya anda boleh menangkap isyarat atau respon yang dia berikan terhadap perkenalan mahupun di setiap perjumpaan yang anda berdua lakukan. Apabila sekiranya responnya positif, seperti misalnya raut wajahnya senang ketika bertemu dengan anda, selalu reply sms dari anda, berinisiatif menelefon anda pada suatu saat, meminta anda untuk menghantarkannya atau mengajak anda bertemu di restoran tertentu, maka anda boleh meneruskan utnuk merealisasi mimpi anda. Namun, kalau responnya negatif, seperti jarang reply sms anda, sering menolak untuk diajak keluar atau menghindar bertemu dengan anda, maka anda masih perlukan waktu untuk melakukan pendekatan lain, cari saja kaedah yang lain.

2. Percaya Diri.Setelah anda mendapat respon positif tersebut, maka segeralah untuk merancang meluahkan rasa hati anda. Modal awal yang perlu anda miliki disini adalah rasa percaya diri. Kerana dengan kepercayaan diri, anda akan dapat tampil dengan meyakinkan di hadapannya.tapi jangan terlalu over self confidence juga, kerana ia amat merbahaya bagi anda. Di lain sisi, gadis yang sudah mengharapkan untuk menerima anda, akan sangat menantikan action dari anda dan akan menganggap anda sebagai seorang laki-laki yang tegas dan ‘berani’.

3. Pastikan Tempatnya. Tempat juga merupakan mata penting yang berperanan dalam kejayaan. Elakkan tempat-tempat awam atau tempat-tempat yang sibuk. Cubalah untuk meluahkannya di tempat yang tenang-dan romantik-seperti di Restoran, café atau rumah gadis tersebut. Hal ini akan lebih menunjukkan kesungguhan anda kepadanya. Dan hal itulah yang akan menjadi salah satu pertimbangan utamanya untuk menerima atau menolak anda.

4. Pastikan Waktunya.Usahakan untuk memilih waktu yang tepat untuk menyatakannya, seperti saat-saat ia sedang senang, saat ia sedang tidak menghadapi masalah (masalah dengan pelajaran, masalah di pejabat, dll). Pilih juga waktu-waktu senang ketika anda ingin meluahkan di rumahnya, dan pastikan tidak ada rakan-rakan lain pada saat itu.

5. Siapkan Kata-Kata Sakti anda.Siapkan kata yang paling tepat dan sesuai Dengan Anda sekaligus memberikan kesan lain ketika menyatakan cinta. Kata-kata seperti “Aku Cinta Kamu” atau “Aku Suka Kamu” mungkin sudah terlalu biasa dan klasik, mungkin anda perlu mencipta kata-kata khas yang sesuai dengan anda seperti, “Sayang, aku ingin serius dengan kamu”, “Sayang, Bagaimana kalau hubungan ini kita jadikan lebih serius? “, atau” Hm.. Sayang, bagaimana kalau kita jadi satu pasangan kekasih? “, dll.

6. Berikan Alasan Yang Kuat. Apabila anda ingin meluahkan kata cinta, persiapkanlah jawapan dan alasan yang kuat jikalau dia bertanyakan kepada anda “Kenapa pilih aku?” Atau “Hm.. kamu yakin?”. Sampaikan alasan yang singkat, padat dan tidak berjela-jela. Misalnya, “Ikhlas saya ingin bagitau, saya bukan lah mencari pasangan je. Tetapi ingin mencari calon isteri” atau “Saya sudah bosan dengan hubungan yang tidak tujuan, saya inginkan hubungan yang lebih serius” dan sebagainya.

7. Kendalikan Emosi. Semasa anda menyampaikan rasa cinta anda, berikan ruang kepadanya untuk mempertimbangkannya, boleh 5 minit, 1 jam, 1 hari ataupun 1 minggu, kerana mungkin dia akan meminta pertimbangan rakan-rakan atau ibunya tentang hubungan tersebut. Hal ini tidak jadi masalah, dan anda jangan berusaha untuk mendesaknya, kerana kedewasaan anda ada di sini akan diuji. Beritahulah kepadanya kalau anda bersedia menunggu jawapan dari si dia, tapi jangan lupa sampaikan tempoh dengan kalimat santai dan senyuman, “Saya harap tidak terlalu lama, kerana saya sangat menunggu kepastian dari kamu”.


.......

Baru balik dari Kedah, takde mood buat entry baru.. Share dari sumber INI..



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

AZRI said...

wahh,mcm pro..hehe,thanks sharing

fRaMe+LenSeS said...

cimeinya.. hihihi. ai like. ai like. :)

Umie Naziera said...

tips untuk pompuan luahkan kpd lelaki xder???mcm perigi cari timba...he3

munirasedek said...

Saya suka baca blog encik angah nie hehe