Thursday, June 23, 2011

Entry sampah tapi nak orang baca?


Assalamualaikum..

Tergerak di hati aku, membuat satu entry mengenai blog.. Untuk makluman, sehingga kini aku dengan dunia blog baru melewati 3 bulan - first entry 16hb March 2011.. Kira budak yang masih mentah lagi.. Belum tumbuh gigi lagi.. Ya, aku baru dalam dunia alam maya ini.. Dan di dalam menempuh hari hari ini, pelbagal ragam aku jumpa di sini..

I Follow U, U Follow I
Perghh... Dasyaaatt.. Kan kan.. Nak follow orang pun kena cakap ke? Nak follow orang pun bersyarat ke? Bila dah follow tu, nape perlu bagitau? Sebab nak tuan punya blog follow balik? Ada yang lagi teruk.. Dia tak follow pun, tapi cakap follow.. huhu.. Dan ada lagi teruk teruk lagi, dia follow then tunggu beberapa lama unfollow balik.. Dasyaaattt.. Ikhlas sikit bro.. Kita tidak dapat memaksa orang untuk menjadi follower kita.. Kalau blog kita best.. Entry kita menarik minat si dia, personaliti kita meletup letup, pasti ada aura untuk orang itu follow kita..

Dan selalu orang akan shout box, cakap blogwalking, tinggalkan jejak di situ memberitahu dia dah I follow u, u follow i.. muahahaha.. Sebenarnya, aku sendiri jarang follow orang.. Bila blog dia menjadi tarikan aku, menjadi minat aku.. tanpa teragak agak.. terus klik button follow.. Tak kisah dia blogger lama ke blogger baru ke.. janji stail dan besh.. blogger top dan otai pun aku bukan ikut pun.. Baik aku follow blogger yang besh walau dia baru.. Ada tu.. seyes..

Entry Sampah Tapi Nak juga promote suruh orang baca
Erkk.. Agak kejam di situ.. Sorry beb.. Entry sampah di sini aku refer bila sometimes blogger tu buat entry yang ngarut ngarut.. Takde apa yang cuba di sampaikan.. Ayat dah la bahasa rojak (eh mcm entry ni pula) then macam syok sendiri je.. Buat entry yang takde kaitan gn tema blog or tajuk entry.. Apa ni? Adehhh..

Pertama sekali, kita hasilkan entry itu untuk siapa? Untuk suka suka? Untuk diri sendiri sebagai luahan hati? Untuk bagi orang lain baca? Siapa pembaca kita? Kita kena paham, bila kita ada blog, then kita buat sesuatu entry, mesti ada orang baca kecuali kita private.. mesti ada org akan singgah cuma beza sedikit atau ramai.. Dan sanggupkah anda, nak biarkan pembaca pembaca blog anda memandang rendah dan hina.. (susah nak huraikan)

hasilkan entry mengenai personal, tak kisah, blog hampa kan.. tapi bagi la steady skit.. Jangan sampai ada orang menyampah.. huhu.. Nak cerita Bf merajuk la.. Kucing beranak ka.. Ikut suka la.. Tapi bagilah menarik.. dan ayat tersusun.. Takde bahasa sms ewww.. Asalkan bahagia ye :)

Blog penuh dengan widget
Kalau yang ini, paling menyampah dan tak suka kalau ada lagu.. Music box.. sakit telinga.. Nak suruh orang lepak blog dia, tapi lagu kiri kanan.. Ulang ulang.. Tak sempat nak loading, ramai yang dah close..

Cuba hasilkan tema blog
Tema blog? anything la beb.. apa rasa nak tulis, tulis aja.. Takde sape nak marah.. Takde sape nak complain.. Tapi mesti ada identiti.. Ada imej.. Nak campur aduk tema pun, takde masalah..

Perghh.. agak agak mesti ramai berbulu kan gan aku.. Wakakalala.. Selambe ja aku kritik orang, kutuk hina keji.. Suka hati la aku nak tulis, entry mcm ni.. haha.. Lawak ja.. Aku pun bukan bagus sangat.. Blog ntah apa ntah.. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa dan berkecil hati.. Pada yang tak puas hati, mahu bagi pandangan sama.. Sila sila komen di bawah.. Takde halnya.. Nak kutuk, nak complain blog aku pun takde masalah.. aku kan manusia.. sila sila :)

Terima kasih sudi singgah, sudi membaca, sudi share, sudi komen sudi like.. Dan yang follow aku.. perghhh... terima kasih bebanyak :)

Sungguh aku bukan hebat dan bagus.. aku jua punyai salah dan silap.. aku sedia utk diberi pendapat dan pandangan.. nak cakap apa cakap la dekat bawah ini..








Comments
18 Comments

18 Orang Yang Prihatin:

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

i follow u, u follow me. HAHA. common sgt skrg benda tu. pelik2 je ^^

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

relaks2... jgn marah2... biasa la tu..trend "I follow U, U follow I" mmg da menjadi2... hee~

NasZ said...

haha..setuju dengan entry ni..huhu..

MOHD NASER.com

AISHA INANI said...

peh. br tiga bulan dah gempak.
hebakk ah demo!

bila nak kasik tips byk follower plak? keh keh keh

anGah said...

khansyaa: tu la pasai.. dh selalu sgt smpai rasa dah biasa kot.. huhu

izat: takde marah aih.. muahahaha... cuma kadang rasa tak besh la.. mcm paksa paksa je kan.. muahaha

nasz: huhu :)

aisha: huhu.. ya la.. 3 bulan.. baru belajaq.. neh pun dah rasa cemuih dahh.. muahaha.. tips? ang p baca kt blog len la.. aku mana tau.. huhu

s u a r a h e a R t y said...

uhuk . . .uhuk. . . .so far , aku tak terikut - ikut lagi trend 'i ikut u ikut i' tu , walau pun aku ni agak giler segmen tapi tak semua blog kat seegmen tu aku follow , and also , aku pun tak follow semua yg follow aku kecuali , mcm anGah taip lah , blog tu BAIK PUNYA. . .but , to be honest , aku ada gak follow blog yg level macam blog aku je. . .blog ala - ala je , biasalah buah cempedak di luar pagar , pasal aku amal konsep 'siapa nak tolong kawan , klu bkn kwn sndiri'at least, bila dorg tgk ada gak org follow, dorg sure sngat nak buat lg bgus kan. . . . .

p/s : taip mlalui pgalaman ni. . .

yatie Awang said...

kakak kalau bak i follow u, u follow back, terus terang kakak tak pernah guna, tentang n3 pulak, entahlah, kakak dah cuba yg terbaik, dan kakak setuju ngan n3 ni

Shehan Ismail said...

WEY..aku follow hg..cpt follow aku blk. wakakakaka.. wey.. aku tulis psl kucing jiran bwh umah aku mengandung, hg xmo baca ka? wey..widget aku mcm ada 10 ja, hg rs, apa lg nk kena tambah? huahuahua..

Chempaka Sari said...

angah, blog kamu makin improve. semakin kemas and mudah loading.

tamlegend said...

SETUJU!!!!

Pak Syahot (sYaHir) said...

komen kt shoutbox tu yg kdg2 mlas nk lyn...slalu gk nmpk kt ctu "nice entry", "nice blog" bla bla bla...tp btol ke die bce entry kte??btol ke perinci blog kte smp kate nice blog... atau skdar hny crik shoutbox je n then leave comment...ntah la..wallahualam

aizamia3 said...

biasa jumpa 'i follow u follow i balik' ni..

ai jarang layan sebab nanti akan jadi tak ikhlas nak follow dia.. ai kalau suka blog tu ai akan follow setiap entry dia (walaupun ada masa tak comment pun) bukan sekadar pada button follow tu aje.. ;)

lara+nfmk=noorfarahana said...

bagos entry ni. memotivasikan diri saya. ye la kekadang sy wat entry nth pape. bahase pon rojaka mamak. haish~ nyway ur blog TERbaek wok!!! suke sgt. weee... wink2,

ohh amal said...

ehee, terase sket. but xpnah la "i folo u, o folo i blk". buktinyer folower aq xramai. kahkah. sharing is caring. :)

Abszeen Picco said...

very nice entry..hehe

*visit me back(optional):
http://abszeen.blogspot.com

Penyair SenjA said...

follow u angah...follow me back ya...:)

haaaaaa,setuju2....selalu me skodeng blog yang suruh follow me follow u ni blog adik2....lebih kurang dalam kategori belasan tahun....selalunya laaaaaa...tapi me follow,untuk bagi semangat,sebab selalunya blog mcm tu follower dia kurang 10...kasi semangat pada dia...niat untuk berblog tu dah ada kan...apa salahnya me titipkan 1 je untuk dia...yaaa,setiap orang lain kan...terpulang :)

cucu tun teja said...

banyak blog macam ni...kadang-kadang rasa macam diorang buat blog syok sendiri....

SpaQue said...

sume nk cpt naik..bese r 2..

Entri Hot Chick [Video] Manchester United Asia Trophy Tour 2011 | Van der Sar In Kuala Lumpur, Malaysia