Tuesday, June 21, 2011

Jenaka : Ramli sudah insaf


... Gambar sekadar hiasan, maaf empunya gambar..



Kerana sudah berasa insaf, Ramli pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Ramli. Ramli tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Ramli menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Ramli kembali menepuk bahunya dan Ramli mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



........
* Nama watak adalah rekaan semata mata.. Share dari Facebook neh.. Baru sampai dari shah alam, sempat update 3 entry, ni satu lagi dua esok esok aja la.. huhu.. Gian nak update blog dah 4 hari tak update.. Blog pun tengah duk structure len..




Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Shehan Ismail said...

hahaha.. hg wt lawak pg2 hari.. dan la aku gelak sat sblm aku jd serius buat qeja. kikiki

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

hahhaha lawak-lawak... tp itu satu ibadah kan angah.. tp keikhlasan dinilai.. Hmmmm

irah-aku.ummi said...

haha..adui..lawak+kesian

http://blogakuummi.blogspot.com/

waN Mohd Salim said...

hehehe nama atok saye ramlee huhuhu

anGah said...

nama aku ramli.. muahahaha