Tuesday, June 7, 2011

Bercintalah bersahaja, simpan sedikit satu rasa


Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..

Jika jatuh cinta pada seseorang, mulakan dengan cinta dalam diam.. Cinta dari jauh, dengan mengkaji dirinya.. Cuba untuk menyintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba untuk menyatakan cinta itu.. Kerana hati kita milik kita, jika ada lukanya, pasti ada cara merawatnya

Jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk di kecewakan.. Kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita.. Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya..

Kadang di pendam saja cinta itu biar menahan rasa rindu yang bergelora lebih baik dari dipermainkan dengan kiasan yang lukanya amat dalam untuk ditanggung.. Kerana hati kita cuma satu.. Sakit akan lukanya, kita sendiri yang merasakannya.. Dan pedih yang berpanjangan, kita jua yang sakitnya.. Parut yang tertinggal, kita jua yang menghiasinya..

Perasaan terluka itu ialah satu perasaan abadi yang Allah berikan bagi insan lemah seperti kita untuk merasai betapa kita ini tidak sempurna.. Kecewa dan dikecewakan amatlah memberikan kesan yang amat mendalam.. Dan kecewa itu tidak dapat dipisahkan dalam mencari erti bahagia..

Mengapa orang menangis bila kecewa, bila terluka? Kerana sedih. Kerana kesedihan itu mengikat rasa gembira dan rasa cinta agar jangan bertamu. Sedih itu hanya orang yang merasa akan berkata kata dan terus memandang akan hina diri.. Pada wajah yang membunuh semua angan-angan girang lama dan baru kita biarkan menjadi hanyut pada azam yang kuat..

Mengapa kita selalu dalam angan yang panjang.. Seolah masih ada sisa cinta yang bertaut menanti kita saban hari.. Masih perlukah bisikkan kata manja yang selalu di luahkan itu terus di ucapkan? Dan yang pasti perginya melangkah sebuah percintaan yang musnah tetap pergi, yang ada sejarah lalu..

Dan cinta itu terlalu mahal harganya.. Terlalu kuat untuk menidakkan kehadirannya.. Jika cinta itu telah hadir, dan kita tahu kita mampu untuk memilikinya.. Kuatkan semangat untuk perjuangkan.. Dan segerakanlah perkahwinan itu, kerana usah membazir masa dan hati untuk bercinta lama lama.. 


Dan jika cinta itu hadir, dan kita masih lagi muda yang amat.. Pendamkanlah saja.. Kerana bagiku, menyerahkan seluruh cinta itu pada satu hubungan, sedangkan bukan untuk satu perkahwinan..

Bercinta secara bersahaja dan jangan meletakkan harapan yang setinggi gunung jika sedang bercinta namun belum tahu lagi siapa yang menjadi halal bagimu.. Jodoh itu adalah rahsia di dalam kehidupan kita.. Jangan terlalu yakin dan pasti sesuatu hubungan yang masih samar..



Comments
13 Comments

13 Orang Yang Prihatin:

n!cK said...

like!!!

ikhwaniey said...

best, sebagai pengubat kepada hati...

spesispenunggu? said...

wuwuwuw. cukup bermakna. nice entry!!!

Miss Mango said...

sye skong entri niy.. stp p'temuan pst akn ad ppisahan.. :))

"aku-yg-satu" said...

best,, rite pe yg d ktakn...

Unknown said...

angah..nak share muleh... muleh la... :)

Unknown said...

..mmg syok la bace blog nie..!..keep it up beb!

indahcinta roseys said...

enjoy ur entries ... love it. tq

reenapple said...

betullah.. aku pernah alami 2 situasi.. cinta yg pernha diluahkan dan cinta yg disimpan sehingga sekarang..
cinta yg pernha diluahkan itu.. entah. aku rasa macam menyesal sebba luahkan.. oh..betulla bila orang cakap jgn luahkan perasaan cinta itu , nanti akan bertukar menajdi benci..

sekarang aku bebas dari perasaan cinta.. aku hanya menunggu cinta itu datang dengan sendiri..=)

anGah said...

@indahcinta roseys terima kaseh

anGah said...

@Unknownterima kaseh

anGah said...

@strawberrycincau ye ye... hehe

anGah said...

@reenapple hahaha.. lek lek sudah.. hoho