Ada sesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri. Memperlihatkan Kelemahan Diri Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan. Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki. Tidak Suka Mengaku Kesalahan Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah. Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata Enggan memohon maaf secara terbuka, ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan. Bimbang Maaf Tidak Diterima Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut. *share dari pak ngah.. dah minta izin tau.. hoho
Sunday, March 27, 2011
Maaf - ego lelaki terlalu tinggi?
3 Comments
3 Orang Yang Prihatin:
- Roziana Abdul Rahim said...
-
sy ske... hehehe...
- March 28, 2011 at 8:06 AM
- anGah said...
-
eh suke lak.. kn org tgh sedey tu.. huhu
- March 29, 2011 at 10:29 PM
-
-
haiya...susa la kot klo laki y ego cm nyh...
- August 6, 2011 at 11:20 AM