Sunday, September 25, 2011

Kisah Seram Di Dalam Tandas




Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!

Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.



Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

... Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt."

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....


***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku. 

rupanya..


"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr..


Share dari SINI



Comments
16 Comments

16 Orang Yang Prihatin:

fatima azzahra said...

hahaha , terbaik :)

CyUnK EiSyA said...

hehe,, buadd suspen jea...

Anonymous said...

mende alah tu mmg selalu buat org suspen time kesorgan waktu sunyi lg2 menjelang mlm ngeee

Anonymous said...

haih, terkena! ciss..haha..

MoyMynn said...

>_< haisshhh..bikin suspenderr je....V-O

hyhhh said...

uisyy...seram jugak gambo hantu tue...

Jom terjah sini:
1)Pelik!! Nasi Berlaukkan Kondom di China
2)Kesian…Gadis Muda Berwajah Tua
3) Terbaru!! Cara Kembalikan Facebook Chat Yang Lama

Unknown said...

WAHHHHHHHH

libiciousxz said...

waaa~ uat suspen jer,. hahaha,. not bad,. XDD

naOmeycHan said...

ayyooo.....tertipu....kih3~~

jom gelak gila babi said...

hehehehehe...so funny...hahaha...buat gua takut jew...ahaksss

cik sakdi said...

kehkeh!! bikin saspen la angah!!! hahaha

puteri XoXo said...

hahahhahaa ..lawak bodo ..wat aq seram nk ke bilik air asrama je pas nie .. ahahah .. tp apa pon .. mmg terbaik loh cta nie !!!!

Abang Long said...

Salam....hahaha..hilang rasa mengantuk nih.. hehe

Anonymous said...

terbaek dari kamar mandi...
pabila dentuman jantung bersatu kau milik dia...
hahahahha.. lawak la.. tapi takot gak nk masuk toilet lewat jam 12am...
gerun2.. :)

Anonymous said...

pertamax..isyart 'good' Boh ad ummh..lawak tahap gaban,by akmarnalin

Anonymous said...

ahahahaha.. aku pon pernah terkena.. mmg kuang ajar perfume dispenser nie... aku smpai lari lintang pukang sb bunyi tue.. klakar ble igt blk..