Thursday, September 8, 2011

Cinta Belum Tentu Ketemu Jodoh, Namun Jodoh Pasti Temui Cinta




"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"

Perjalanan kehidupan kita, kadang semudah yang disangka walau sesulit mana melaluinya pasti akan ada jalan penyelesaian.. Walau seberat mana masalah yang di hadapi, pasti akan jua ada jalan penyelesaian..

Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang kadang kita rasakan mati lebih baiknya dari hidup..


Kemanakah perginya keindahan tawakal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan?

Kita semakin asyik dengan cinta.. Seolah cinta itu segalanya.. Kita jadi hamba cinta.. Kita ikut arus cinta.. Sedangkan cinta itu bukan penentu amalan kita.. 

Kita seharian memikirkan tentang cinta.. Hari kita penuh dengan cinta.. Seolah cintalah adalah matlamat kita hidup.. Seolah tiada cinta, umpama dunia kita sudah berakhir.. Sedar atau tidak, selama ini mudah kita mencintai.. Jua kita mudah untuk jatuh cinta.. Semudah berbicara cinta.. Amat yakin dan pasti, itulah dinamanya cinta..

Cinta merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita.. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar.. Namun kita mampu berusaha pada satu arah untuk mencari satu ketetapan jiwa agar semakin tenang di dalam mencari erti kehidupan..

Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa.. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani.. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya..

Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk menikahi..


Adakah cinta menjamin kebahagian kita di dalam perkahwinan.. Sedangkan penyatuan di antara dua insan yang amat menyintai sesama sendiri, bukanlah satu tetapan untuk bahagia.. Kerana bahagia itu bukan terletak pada cinta semata mata..

Jika di lihat realiti kehidupan, berapa ramai pasangan yang bercinta sesama sebelum berkahwin amat yakin akan bahagia.. Dan pudarnya cinta itu, berakhir dengan penceraian.. Walau berjanji sehidup semati namun tiada kefahaman yang dalam, tersungkur jua..


Jika dinamakan cinta, kita akan merasakan bahagia walau seseorang itu tidak bersama kita.. Kita akan selalu mendoakan kebahagiaan bersama sama walau perit mengakui jodoh antara kita dan dia tidak ada.. Menyintai Seseorang Bukan Bererti Memilikinya

Adakah jika tiada cinta, dua insan itu tidak boleh hidup bersama dan berkahwin? Adakah sesuatu perkahwinan itu bercinta dahulu dan kemudian berkahwin menjamin kebahagiaan?

Kita salah di dalam menilai kehidupan.. Allah tahu yang terbaik buat kita.. Sedangkan kita manusia, penuh dengan hasad dan dengki.. Penuh dengan tangan yang berdosa.. Hati kita semakin menjauh.. Yakin dan pastilah.. Jodoh itu ada, walau bukan dengan orang yang kita cinta.. Kita mampu untuk bahagia..

Bercinta sebelum menjadi halal pada kita bukan menjamin kepada satu hubungan yang lebih jauh.. Bukan menjadi syarat pada satu titik penghujung cerita kehidupan kita.. 

Cinta belum tentu ketemu jodoh, namun jodoh pasti temui cinta


*akan ada entry sambungan -bercinta sesudah menikahi....



Comments
20 Comments

20 Orang Yang Prihatin:

Nilam suhana said...

betul tu... jodoh sudah pasti akan bertemu cinta..:)

ciKk rynN said...

nak cinta selepas kawin.. :) sweet..

reenapple said...

cinta... asyik dengan cinta kepada dunia.. akhirat entah ke mana.
sometimes tenang bila tak perlu fikir pasal cinta sebab masing3 telah ditetapkan oleh ALLAH.. :)

aamalinaazman said...

semoga tiap jalan cinta yang ditulis oleh-Nya buat kita sentiasa membuahkan rasa cinta kita kepada-Nya
kerana Cinta Dia membuatkan kita mampu merasa cinta ini

sayA tonaH said...

biarla cinta kita tu akan membawa diri kita ini cinta kepadaNya~

dieyla said...

kalau jodoh xkemana :)

Cik Puan Kocik said...

perenggan pertama entry awak tu juga adalah sebahagian daripada jawapan yang awak tanya pada saya semalam ....


Semuanya berlaku atas izin Allah!

Norsuhana Mansor said...

entri nie da mmberi inspirasi kpd sy . trime kasih =)

[.ika itu aku.] said...

nice la anGah..
sayu baca..huhu

blog ika dh tak silau lg ok!!!haha

cik jannah said...

ayat last. best sangat. :)

bondasayang said...

Sesungguhnya cinta selepas kahwin tu indah...tp bukan semua berpeluang untuk kahwin...jodoh bukan hak manusia tp Allah..kita hanya berusaha tapi Allah tentukannya...

cik puan amin said...

@BONDA SAYANGiye..cinta lps kawen lg indahh..

Hani said...

mecintai tuhan lebih bahagia dari mencintai manusia...

yadimulyadi said...

jika jodoh itu belum tiba, maka bersabarlah untuk merasakan cinta.

Cahaya Keharuman said...

melepaskan seseorg yg kita cintai kadang kala membuatkan kita rasa bahgia kerana kita ada lam kebahgiaannya... kita mampu tersenyum gembira kerana kita melihat sinar kebahgiaannya...

mat apit said...

andai kata bila kita berkawan,tak pernah bergadoh,paham hati masing2...tu ada kah itu jodoh kita?

♥ iekaabid ♥ said...

saya sangt suka kannya

Unknown said...

stiap yng dicpta ada pasangannya..

Pena Misteri said...

Setuju...jodoh itu sebenarnya rahsia Allah... Ungkapkah ia dengan penuh istiqamah.

Anonymous said...

CINTA ITU INDAH JIKA DI HIASI DENGAN KEJUJURAN, KEFAHAMAN, KETULUSAN, SALING BERTOLAK ANSUR N SOON YANG BAIK...MENGIKUT ADAT ISTIADAT ORG MELAYU....TAPI ZAMAN MODEN INI HAMPIR SEMUANYA DA X DEK...JRG SKALI JUMPA..VERY LUCKY KALU JUMPA....APA YANG PASTI...WHAT EVER HAPPEN LIFE MUST GO ON.....PEACE NO WAR.....