"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"
Perjalanan kehidupan kita, kadang semudah yang disangka walau sesulit mana melaluinya pasti akan ada jalan penyelesaian.. Walau seberat mana masalah yang di hadapi, pasti akan jua ada jalan penyelesaian..
Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang kadang kita rasakan mati lebih baiknya dari hidup..
Kita seharian memikirkan tentang cinta.. Hari kita penuh dengan cinta.. Seolah cintalah adalah matlamat kita hidup.. Seolah tiada cinta, umpama dunia kita sudah berakhir.. Sedar atau tidak, selama ini mudah kita mencintai.. Jua kita mudah untuk jatuh cinta.. Semudah berbicara cinta.. Amat yakin dan pasti, itulah dinamanya cinta..
Cinta merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita.. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar.. Namun kita mampu berusaha pada satu arah untuk mencari satu ketetapan jiwa agar semakin tenang di dalam mencari erti kehidupan..
Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa.. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani.. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya..
Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk menikahi..
Adakah cinta menjamin kebahagian kita di dalam perkahwinan.. Sedangkan penyatuan di antara dua insan yang amat menyintai sesama sendiri, bukanlah satu tetapan untuk bahagia.. Kerana bahagia itu bukan terletak pada cinta semata mata..
Jika di lihat realiti kehidupan, berapa ramai pasangan yang bercinta sesama sebelum berkahwin amat yakin akan bahagia.. Dan pudarnya cinta itu, berakhir dengan penceraian.. Walau berjanji sehidup semati namun tiada kefahaman yang dalam, tersungkur jua..
Jika dinamakan cinta, kita akan merasakan bahagia walau seseorang itu tidak bersama kita.. Kita akan selalu mendoakan kebahagiaan bersama sama walau perit mengakui jodoh antara kita dan dia tidak ada.. Menyintai Seseorang Bukan Bererti Memilikinya