Friday, June 3, 2011

Cinta terlarang harus di elakkan




Pernahkah kita terfikir, skandal, orang ketiga dan teman tapi mesra membawa maksud yang berlainan tapi watak di dalam cerita selalu di salahkan.. Mereka juga mempunyai perasaan dan hati utk bercinta dan menyintai.. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka menjadi yang terutama.. Mungkin jika di beri peluang, mereka sanggup untuk setia dan menerima seadanya

Bukan suasana dan jalan cerita tidak diketahui.. Dikau kepunyaan orang, namun hadir perasaan sayang dan kasih ini tidak ku pinta.. Naluri ingin menidakkan datangnya cinta yang bersemi namun tidak aku mempunyai kekuatan menghalangnya.. Begitu sakit menjadi orang ketiga dalam hubungan kamu berdua namun, kita semakin jauh.. Aku keliru menjadi takut menerima kenyataan


Mengapa perhatian kamu berikan padaku sedangkan kamu sudah berpunya.. Mengapa begitu memberikan janji yang kita sama sama tahu amat susah kamu kotai.. Aku tahu kamu sayangkan aku namun dalam hatimu jua masih ada si dia insan di sampingmu.. Makin kuat aku untuk melangkah pergi, makin erat cinta hadir antara kita.. Menjadi orang ketiga amat terseksa jiwaku, tiada siapa tahu dan paham rasaku

Memang menyakitkan hati dan terseksa batin ini pabila menyintai seseorang dan sebenarnya cinta tapi orang yang kita cinta itu sebenarnya milik orang lain.. Seolah satu permainan jiwa memutarkan pelbagal bentuk rasa di dalamnya.. Ada rasa cemburu yang membuak buak.. Ada rasa dengki dan iri hati pada pasangan lain.. Dan macam macam perasaan yang hadir..

Menjadi cinta orang ketiga ini memang banyak cabaran dan dugaan.. Kadang orang tidak mahu menyelami perasaan mereka mereka yang menjadi cinta terlarang ini sebagai satu panduan dan pendoman.. Mereka tidak pernah menyangka rasa yang hadir itu cinta.. Kadang rasa itu datang langsung tidak di sedari.. Kerana datang cinta itu dengan bermacam macam cara..

Kita bertemu dan bersua untuk merasakan cinta yang mekar.. Kita berjalan bersama sama menuju puncak bahagia.. Mana sedihmu pasti ada air mataku.. Tawaku terukir senyumanmu kelihatan.. Dan kita sama sama menempuh suka dan duka.. Namun bertemu kita, hanya untuk bercinta dan bersua.. Bukan untuk bersama sama memiliki impian

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Kita selalu lupa sehinggalah sesuatu itu terjadi kepada diri kita sendiri...jadi jangan marah kalau ada yang mengingatkan..


Entry kali ini secara meluas menyentuh SKANDAL, ORANG KETIGA, KEKASIH SIMPANAN atau GELAP, dan TEMAN TAPI MESRA.. Jika kesempatan, aku cuba untuk mencari makna di setiap maksud cinta terlarang ini.. Kadang mungkin pendapat dalam pandangan aku salah dalam menilai erti perasaan ini..



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

oMEL bLaCk said...

amy Minat bab nie coz aMy pernaH berada di situasi nie. bukan kita minta utk suka kan org yg paling peritnye suka menjadi cinta. mmg perit telan semuanya terutama kita harus mengalah dlm apapun keadaan. mudah bg org menuduh n melemparkan kata2 tp kita x minta semuanya. alhamdulillah akhirnya segala kepahitan yg kita telan n segala yg kita korbankan membuka mata dia yg kita terbaik utk dia. bukan kita mtk utk dibalas tp kita bila btol2 syg seseorg kita sanggup berkorban apa sahaja utk tgk dia bahagia n akhirnya kita sama2 bahagia.. insallah

Anonymous said...

memang perit menjadi org ke3. terpaksa bersabar & bertahan selagi yg boleh..namun kadang bukan pinta kita mahu menjadi org ke3...tetapi keadaan selalu membuat kita mahu menjadi org ke3.. hakikat'y jngan berani menjadi org ke3 jika hati tidak la sekuat mana.krn trlalu bnyak cabaran & dugaan'y....yg penting sabar.

Anonymous said...

Org ke3...mmg perit berada dlm situasi ini. Hati dan akal perlu kuat...masih sangsi samada ingin teruskn @ cukup setakat ini. Tapi kasih di hati susah utk dibuang dan dibiarkn saja. Niat dihati ingin mejadi seseorg utk dia..tpi adakh dia juga berpendapat yg sama spt kita. Sabar...kuatkn semangat utk tika dan saat ini.

Anonymous said...

saya plak orang yang ditinggalkan kerana orang ketiga :) maaflah,tapi sejujurnya saya katakan,sesungguhnya kamu tahu dia sudah berpunya,tidak salah kalau limitkan jumpa,msg or sbgnye :) macam saya,maaflah,tapi saya dah bersama dengan orang tersayang selama 5 tahun,but then orang ketiga tue da mula rapat since from foundation dengan orang yg saya sayang,that means 4 years,memang mula2 berkawan secare biase,tapi percayelah,bila korang dah mula rapat,satu hari akan confess,dan seriusli sangat sakit jadi mangsa dalam hubungan sendri,lastly,dea pilih orang ketiga tersebut,n me? sekarang sakit dan menderita kene tinggal,just berkongsi kisah hidup supaya boleh dijadikan pengajaran dan sempadan buat kita semua,if org yg kita suka dah ade yang punya,aku merayu supaya jangan kacau hubungan dorang,siyesli sangat sakit :(