Saturday, June 11, 2011

Cinta Lelaki amat susah difahami



Kita sering mendengar, untuk mencari keserasian antara pasangan mestilah saling faham memahami.. Sentiasa meluangkan masa bersama pasangan masing masing.. Mempunyai sikap bertolak ansur dan menerima diri pasangan seadanya.. Namun masih ada pergolakkan di dalam hidup berpasangan ini.. Pasangan yang tidak serasi ialah mereka yang tidak meluangkan masa untuk bersama berdua duaan.. mungkin percintaan jarak jauh.. Sila rujuk entry aku HJJ dan tipsnya.. Mereka kurang berkomunikasi dengan baik dan kurang bermesra terjerumus kepada keretakkan sesuatu perhubungan yang terjalin..

Bukan menjadi satu matlamat di dalam sesuatu percintaan, berakhirnya dengan kekecewaan.. Aku yakin dan pasti, setiap pasangan yang bercinta mahukan kesudahan yang bahagia hingga akhir hayat.. Namun kadang kadang, dugaan dan rintangan yang di hadapi harus sama sama menempuh dan hadapi bersama sama demi mencapai impian.. Jika tidak kuat, hancurlah kisah cinta yang dibina

Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia

Walau sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.. Dan jika lelaki itu tidak mampu membuatkan kamu bahagia, segeralah kamu melepaskan dia berlalu pergi..

Apabila seseorang lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya

Pada wanita yang pernah membuat lelaki itu menangis kerananya.. Sedarlah hati lelaki takkan lembut dan menjadi seolah kebudak budakkan jika cintanya tidak sepenuh hati.. Hargailah lelaki itu yang pernah menangis disebabkan kamu.. Kadang dalam riak matanya memberi satu jawapan untuk seribu soalan pada kamu.. Cubalah memahami walau sejenak

Dan bila terjadinya satu saat genting perpisahan, jangan sangkakan tiada kepedihan dalam lubuk jiwa lelaki itu.. Sedangkan lelaki jua bisa menangis dari dalam hati.. Bukan kerana ego mahupun sombong akan diri.. Tapi itulah lelaki yang dunianya amat berbeza.. Kesedihan hanya mampu dipendamkan saja seolah membiarkan angin lalu menyapa

Air mata seorang lelaki amat sukar untuk mengalir.. Amat tinggi nilai jatuhnya setitis air itu yang menjadi punca mengalir pabila kecewa dalam sesalan.. Kadang kesedihan yang teramat menusuk kalbu pun belum pasti lelaki itu menangis.. Dan kerana seorang wanita yang pernah membuat dunia cintanya musnah, pasti ada yang pernah mengalir air mata



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

walaupun pernah buat si dia menangis dan percaya yang dia betul ikhlas mencintai.. semua itu hilang sekelip mata bila pada masa yang sama, dia curang dan memilih untuk berpisah..

Sunah Sakura said...

sangat setuju...saya seorang perempuan...

Admin said...

Perkara sama juga harus buat wanita.

Kamal Halim said...

Begitulah lumrah kehidupan bercinta,tak kira lelaki atau wanita,kita manusia yg dikurniakan dengan hati dan perasaan mestilah sedih,kecewa,hampa bila apa yg kita impikan tak menjadi kenyataan.Setiap orang memang dikurniakan kebahagiaan masing2,cuma perlu berusaha,bersabar dan bertawakkal,InsyaAllah lambat atau cepat kebahagian itu akan dikecapi jua.

farah huda . said...

btoi2 . laky pon ssah na difahami . kn3 ? haha . ap2 pon . suka entry ney ! hee;)

FesterHcl said...

cmne plak kalo kite prcaya dan yakin yg cinta lelaki itu hnya untuk kita tetapi pd msa yg sma, dia harus menurut pilihan kelurganya??? Adakah airmata lelaki itu juga amat tggi nilainya?????

indahcinta roseys said...

i am ur new follower.. sgt nice la ur blog.. tq, create utk tatapan sume... chayok!!!

Miss Serai Wangi said...

setuju dgn syafiyana..4 me, aermata lelaki zaman skrg tak bernilai pn..sebb someone (a guy) told me dat kalaupun seorg lelaki tu menangis tak semestinye dye btul2 cinta sebab lelaki blh pura2 menangis utk tipu perempuan..and diorg hnya perlukan 3 saat je utk menitiskan airmata n for sure bukan sbb sedey tapi sebb nak tipu perempuan..dis is d truth..believe me..hehehe.

Ina said...

mrm....bernilai lagi ke airmata lelaki??walhal airmata itu hanya sekadar lakonan meminta simpati agar dikasihani...8thn airmata yg sama itu tetap dimaafkan tapi akhirnya........arghhh...