Thursday, December 1, 2011

Kuatkan Semangat Hadapi Perpisahan Agar Tenang Jiwa

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..


[sumber gambar google]


Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..
Allah swt memang menjadikan manusia dalam keadaan lemah supaya kita sentiasa bergantung harap padaNya.. Belajarlah untuk meluahkan segala isi hati kita pada Allah SWT.. Meluahkan hati pada Allah bukan perkara mudah,i anya memerlukan keyakinan yang tinggi; keyakinan kepada kebesaran dan keagunganNya.
Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita dengan merelakan jiwa yang tenang.. 

Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? Dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita?

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah SWT
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan..
***
Terasa amat rindukan Qistina.. Amat rindu..



Comments
13 Comments

13 Orang Yang Prihatin:

Anonymous said...

sgt membantu.... life must go on.... :)

aizamia3 said...

perkara yang dah lepas tu jadikan sebagai pengajaran dalam mengharungi masa depan.. bukanlah mengeluh menangis dengan apa yang dah berlaku.. setiap kejadian pasti ada hikmahnya..

Umie Naziera said...

perpisahan pasti berlaku

Anonymous said...

memendam rindu amat perit rasanya.apatah dengan perpisahan yang kekal...aku juga amat merindui seseorang yang aku cintai.tapi apa kan daya..jodoh dan takdir penentu segalanya..aku amat merindui mu sayang..N

Unknown said...

Erm susa sbnrnye

Syazny said...

mmg payah....stlh 14buln berpisah..kami kmbali bsma ...moga dia jodohku..amin

Sunah Sakura said...

kita merancang...walau sebaik mana kita merancang dan mengharap, jika tidak dengan izinNya...jodoh itu tetap bukan milik kita...redhalah pada Allah...

Cik Pulau said...

betol sangat..
Allah maha mengetahui..
Apa yang berlaku tu mesti ada hikmahnya..
Bersangka baik dengan Allah..

queen`s heart said...

Jika perpisahan itu diredhai pasti kebahagian menjadi milik kita.... redhala dan yakinla bahawa Dia maha mengetahui... life must be go on....

reenapple said...

perpisahan tu sesuatu yang sukar...bila ia timbul dengan cara yang menyaktkan.. =(

Anonymous said...

Apa pun yg terjadi,hadapi hidup ini dgn penuh ketabahan..jangan terus bersedih kerana semuanya akan baik2 aje...Hidup penuh dugaan tempuhi ia walau seberat mana pun kerana Allah menguji kesabaran n keteguhan iman seseorang...Agar kite menjadi lebih dekat kepadanye n Allah juga maha mengetahui apa yang terbaik untuk kite semua...

Lia Irdelia said...

perpisahan sangat menyedihkan..!

tapi harus bijak menanganinya..

Unknown said...

Ya Allah dukanya untuk ku hadapi dugaan perpisahan ini. Kau tuntunilah aku ya Allah nencari sinar keredhaanmu..