Thursday, December 15, 2011

Semua Itu Hanyalah Sejarah Nan Lalu


Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat..

Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?

Bila sedang diri merasakan adanya cinta, semua orang pandai bicara tentang cinta.. Beruntunglah mereka yang punyai bahagia tika cinta itu hadir..
Dan kadang kita merintih sayu.. Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.. Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.. Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.. Walau kita tahu, masa yang dulu takkan waktu berputar.. Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..


Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..
Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran dengan kita dengan bermimpikan tentang apa yang jauh daripada kita..
Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

Jangan di harapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang panjang..



Comments
12 Comments

12 Orang Yang Prihatin:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..kadang2 mmg lah kita ikhlas melepaskan,tp...kenangan lalu amat menjerut perasaan.

NoorAtika MohdAzali said...

speechless..
tetibe je kan..^_^

lame tak nyibuk sni =)

anGah said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) salam.. yap.. sememangnya.. kita punyai hati.. ada rasa..

anGah said...

@NoorAtika MohdAzali hehe.. tu la.. selalu menyibuk ke? hehe

lieynanilaz said...

baru2 ini saya telah berjumpa kembali dengan seseorang yg pernah bertahta di hati...walau telah rela melepaskan namun hati ini tak kuat...masih mencari kekuatan itu...

Azura Mendezz said...

I berusaha melepaskan dia berkali2 dari hidup i..
baru beberapa minggu ni akhirnya i berjaya lepaskan dia sepenuh hati i..
Alhamdulillah.. =)

umie naziera said...

cinta itu bermakna tatkala bersama,
cinta itu bererti ketika terpisah..

anGah said...

@umie naziera suka ayat ni

A Fairytale Reality said...

Uhuk uhuk.. :(

Luahan Hati Sepi said...

yarp.. betul ape yg di coretkan. sy telah kehilangan suami. dia pergi meninggalkan sy dgn 2 org ank demi kekasih hati dia. sy redha dan pd ms yg sama sy berusha tuk dpatkan dia balik. sy suka dgn kata2 dr. fadhilah kamsah " klau kta nk dpatkan sesuatu yg kta syg, kta berusaha, tawakal dan redha.. insyaAllah Allah akan tolong kta yg di aniayai ni." sy suka blog jiwa2 ni sbb info yg diberi amat2 mendalam... smga berjaya!!!

Nong Andy said...

yang manis itu kenangan indah waktu bahagia bersama.. dan yang pahit itu kenangan perpisahan antara kita berdua.. walau kisah kita sudah jadi sejarah. namun kau masih dalam kenanganku...

* alamak... en. Angah, haku teringat pula bekas kekasih..

anGah said...

@Nong Andyhahaha.. jgan dowh.. bekas kekasih ni nama pun dh bekas.. hehe