Monday, December 5, 2011

Cinta Lama Yang Terpendam Tidak Pernah Hilang

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati, mampu melumatkan seluruh jiwa raga.. Manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Sejak pertama kulihat kamu, hal yang paling mendalam yang ku rasakan adalah kejujuran, kecerdasan dan kehangatan dirimu.. Tiada yang menenangkan jiwaku selain dapat melihat sinar dari lirikan matamu..
[gambar tidak memberi erti pada entry] 




Jatuh cinta pada seorang teman yang kita kenali adalah satu situasi yang sukar ditafsirkan dengan coretan.. Satu bentuk perasaan yang selalu bermain di minda kerana si dia selalu saja di mata.. Walau bertahun lamanya.. Kita tetap sanjung akan cinta lama.. Kerana itu mungkin cinta pandangan pertama.. Atau cinta terawal bagi kita

Untuk menyukai seseorang hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Dan kadang perasaan itu akan terus di buai di hati sehinggakan membuahkan rasa cinta dan sayang.. Cuma kadang cinta itu hadir pada seorang teman yang kita kenali.. Mungkin seorang yang rapat dan selalu sahaja di hadapan mata..

Pernah dulu, masa lalu.. Aku merasakan satu perasaan yang kuat terhadap kamu.. Menjejak diri yang dulu aku kian lama kian hilang akan sesuatu.. Sungguh rasa itu amat tebal dan tiada akan setanding dengan siapa siapa lagi.. Namun, semakin lama semakin ia hilang di makan waktu.. Semakin kusam dan semakin pudar..

Kamu yang teristimewa.. Kamu yang selalu sahaja di jiwa.. Jika dahulu, kini dan selamanya.. Itu sahaja yang kudambakan..

Mungkin dengan mencintai di dalam diam itu banyak akan dugaan.. Banyak akan kesakitan yang kudapat dari keindahan dan kemanisan yang sepatutnya aku miliki.. Namun bila tiada langsung akan kekuatan akan diri memberi satu noktah akan cinta.. Kamu tetap aku perhatikan.. Dari jauh, dalam jarak yang semakin hilang.. Aku masih ada rasa terhadap kamu..
Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan lahan.. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walau kita belajar melupakannya
Kadang tidak semua apa keinginan itu tetap akan datang berlabuh.. Seperti bersilih ganti malam selepas siang.. Mentari muncul sesudah subuh.. Kerana kita manusia, di uji dan diduga dengan akal.. Namun yang pasti, kita masih lagi merindui akan satu wajah itu.. Walau sekuat mana kita menjauhkan diri, kenangan itu tetap menghantui diri..


***
Kita masih ada batasan akal yang memberi kita panduan agar tetap akan rasa hati pada tanggungjawap yang sedia ada



Comments
11 Comments

11 Orang Yang Prihatin:

Ros Anisza said...

saya dan dia tinggal kenangan...yup, saya juga sedang melepaskan dia perlahan-lahan...sebab rasa itu masih ada...

Nong Andy said...

Semuanya boleh ku tinggalkan.. ku biarkan.. ku musnahkan... tapi hanya satu yang tidak berdaya ku hilangkan.. iaitu KENANGAN.. yang manis! yang pahit.. terpaksa ku simpan sekalipun aku ingin memadamkannya.. tetap jua tidak berdaya.. kerana aku tak mampu berlagak amesia.. dan bila ingatan padamu datang.. aku hanya mampu layankan saja...

* maka namanya blog jiwa-jiwa jadi aku terjiwang setelah membacanya

Sunah Sakura said...

macam berkait pulak dengan entri tadi..hahaha

Anonymous said...

cinta dlm diam.
mmg sakit.perit.
lagi la dia hak org.walaupn masih takde ikatan, tp tak kan nk ganggu hak org.

Cik Kamoo said...

ermmm sedih! napelah angah tulis mcm nie ... rasa mcm nak imbau kisah lama lah pulak.

umie naziera said...

memang dilema cinta dlm diam..sakitnya hati hanya tuhan dan diri sendiri yunk tahu

Iffah Afeefah said...

cinta lama mmg ttp akn ade

Lavender Lassie Roses said...

Belajar untuk melepaskan dan merelakan bukan sesuatu yang amat mudah..apatah lagi apabila ianya melibatkan insan yang paling kita sayangi,.. Namun kadangkala dalam suatu keadaan, pengorbanan itu perlu.. Perlu demi kebahagiaan.. Walau pada zahirnya nampak kita merelakan, pasrah dan redha.. Namun, di suatu lubuk hati yang paling dalam, hanya kita yang mampu merasai dan mengetahui apa yang tersirat di sebalik hati dari pengorbanan itu.. Hanya DIA yang mampu untuk kita memohon kekuatan dan berserah dengan jalan cerita yang telah ditetapkan-Nya...

ismail eil said...

andai longlai
cinta ku pada mu
rinduku pada mu
hadirku untuk mu
menyayangi mu dari ku
senda ku pada mu
hubungi ku

ismail eil said...

andai daku lemah menyinta
hubungi ku
cari ku
dekati ku
cintai ku
ingati ku
kekasih

Normaznah Tuanku Julaihi said...

:: Maz pernah suka pada seseorang...tapi....dia lebih muda dari Maz....kerana umur menghalang....so, Maz cuba padukan antara si dia dengan adeq angkat perempuan Maz..... Maz suka kepadanya bukan kerana nafsu....tapi,, Maz betul2 tulus mencintainya.... Maz jatuh cinta akan sikap dan akhlaknya yang baik, penyayang, sopan dan dia juga pandai menasiti Maz dan sering memberikan semangat kepada Maz ketika Maz dalam kesedihan.... Kini,, entahlah....dia masih sayangkan Maz atau tak...Allahualam....kerana sejak Maz terus terang dengannya tentang perasaan ini....dia dan adeq angkat Maz berubah....