Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..
Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..
Allah swt memang menjadikan manusia dalam keadaan lemah supaya kita sentiasa bergantung harap padaNya.. Belajarlah untuk meluahkan segala isi hati kita pada Allah SWT.. Meluahkan hati pada Allah bukan perkara mudah,i anya memerlukan keyakinan yang tinggi; keyakinan kepada kebesaran dan keagunganNya.
Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? Dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita?
Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun..
Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah SWT
***Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan..
Terasa amat rindukan Qistina.. Amat rindu..