Wednesday, December 28, 2011

Duhai Kasih

Menyintai seseorang dengan sepenuh hati tanpa ada ragu ragu, bila terjadinya perpisahan pasti akan hilang jati diri yang selama ini terbela kukuh.. Pasti akan tercalarnya kepercayaan yang dahulunya teguh dan kuat..


Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu dalam mencintaimu.. Kerana aku takut, jika satu hari nanti kamu sudah tiada di sisiku.. Pasti aku kan selalu kecewa dan terluka..

Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu berharap.. Kerana jika suatu hari nanti, tiada jodoh pada hubungan cinta kita.. Pasti aku akan selalu derita.. Pasti aku akan terasa kehilangan..



Kerana aku takut aku kehilanganmu, pasti keadaan itu membuat aku menangis.. Pasti akan airmataku tiada henti mengalir.. Walau mampu sembunyikan kesedihan itu, hatiku pasti akan selalu jua menangis..

Jika hati ini selalu ada kamu.. Selagi aku masih sayangkan dirimu.. Selagi masih ada lagi rasa cinta ini.. Kan selalu aku, katakan tentang perasaan sayang rindu yang aku rasa.. Selagi masih ada waktu, izinkanlah hari ini kamu tahu bertapa aku menyayangi kamu..

Kerana bila kamu sudah pergi, kata-kata itu tidak ada erti lagi..


Duhai belahan hati,
Cintailah dia secara diam, agar ia semakin manis penuh keindahan setelah pernikahan.. Kerana itu menjamin agar hatiku selalu tenang.. Andai suatu hari nanti, antara aku dan dia tidak berjanjikan jodoh.. Tidak jua aku terus di sakiti dengan mainan rasaku sendiri..

Duhai belahan jiwa,
Bukan tiada cinta.. Bukan tiada sayang.. Bukan kerana aku takut.. Cuma aku berpesan pada hati, agar aku menyintainya secara bersahaja.. Kerana jika tiada jodoh antara kami, jiwa dan hati tidaklah begitu parah..
" Ya ALLAH.. Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka Aku Terima Dia Seadanya.. Tatkala jodoh kami belum menyapa jagalah hati hati kami dari gundah dan resah, jadikanlh kami pasangan yang beriman, bertakwa serta beramal soleh.. Sesungguhnya Ya ALLAH.. Engkau Maha Pencipta.. Pemilik Cinta.. Nyawa dan Jiwa kami "
Bercintalah bersahaja.. Belajar mengenal erti kesakitan terlebih dahulu.. Agar suatu hari nanti jika sememangnya ditakdirkan si dia bukan jodohmu, tidaklah begitu kecewa berpanjangan..

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah  mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

umie naziera said...

aduh,best entri nie...thumbs up

anGah said...

@umie naziera makasih :)

EiL LB said...

aku rasa dh bersalah pulak lukakan hati kekasihku, tapi tak pe aku dh bgth kat dia aku cinta pd nya..tak tau lh aku, dia ckp terus lh dgn pendirian awk tu.