Friday, December 16, 2011

Kita Memerlukan Usaha Di Dalam Mencari Jodoh

Jodoh pertemuan adalah rahsia yang sering saja bermain di fikiran kita sepanjang masa khasnya pada mereka mereka yang belum berumah tangga.. Asyik memikir siapa yang akan mengisi ruang kekosongan di dalam hati dan menjadi peneman hinggan akhir hayat..

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasa dan hamba Allah SWT, merasakan diri memerlukan seseorang sebagai teman hidup.. Memerlukan cinta sesama manusia di dalam mencari pengertian duniawi menuju Akhirat yang hakiki..
Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.. 
Kemanakah hilangnya nikmat satu kehidupan yang menjanjikan bahagia? Sedang mencari dan menanti.. Bagai hilangnya satu sanubari diri.. Kusam dan tidak bermaya seolah tiada lagi nafas untuk berlari..

Dari manakah datangnya kepuasan jika diri hanya memeluk tubuh menanti tibanya cinta? Sedankan kita berpijak di dalam alam yang nyata.. Bukan sekadar hiburan tontonan.. Kita punyai impian.. Kita punyai harapan..

Andai telah ditakdirkan dia menjadi halal bagiku, berikanlah kekuatan padaku untuk berpegang teguh pada janji.. Kerana aku amat menyayangi dirinya seperti aku menyayangi ikatan ini..

Kerana jodoh itu amatlah rahsia.. Seperti mana dengan rezeki dan kematian.. Kita berusaha dengan susah payah.. Mencari dan terus mencari.. Kita berharap dan berdoa agar si dia adalah jodoh kita.. Dan seterusnya bertawakal kepada Allah SWT..

Islam tidak mengalakkan kita berdiam diri dan hanya menanti dan terus menanti siapa jodoh kita.. Seharusnya kita mencorakkan kehidupan kita dengan berusaha mencari dan memilih siapa yang hendak dijadikan suri.. Siapa yang hendak di jadikan imam.. Dan jika ada jodoh di antara siapa yang kita pilih, InsyaAllah pasti akan ketemui jodoh.. Dan jika tiada, ingatlah janji Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..
“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga”
Kita sering merintih dan merungut mempersoalkan bila jodoh kita kan kunjung tiba.. Sedangkan siapa jodoh kita telah di tetapkan sejak dari Azali lagi.. Mungkin jodoh kita panjang, mungkin jodoh kita ramai.. Dan tidak mustahil jodoh kita pendek.. Semua itu adalah ketentuan dari Allah SWT.. Cuma apa yang kita ada, kita wajib berusaha di dalam menyakinkan hati kita.. Jodoh itu bukan hanya menunggu dan menanti datang.. Berusahalah.. 

Carilah jodoh kita.. Carilah yang baik.. Siapa jodoh kita? Itu bukan soalnya.. Milik kita cumalah usaha..
“Jodoh itu urusan Allah.. Sudah dicatat sejak azali lagi.. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat.”
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir..

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha..

***
Berbicara tentang jodoh, saya akui diri ini terasa amat kerdil dan tidak terluah dengan hanya coretan.. Kerana mana mungkin saya seorang yang pakar di dalam bidang ini..Saya cuma menulis berdasarkan pemahaman apa yang terbatas dan punyai cacat cela.. Di harap dapat menilai, merujuk pada yang lebih pakar.. Kerana saya jua ada salah, mohon dibimbing dan ditegur.. Terima kasih

Ingin ditegaskan pasangan bercinta, belum sah menjadi halal adalah bukan jodoh.. Selagi tidak ada akad, selagi itulah belum menjadi sah.. Jangan hampiri dan mendekati seseorang perempuan itu dengan menlembutkan hatinya seumpama kekasih tetapi tiada niat untuk mengambilnya sebagai isteri..



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

Erm trime ksh sbb tlis entry ni

jodoh prlu dcri
y tntukn Allah sje

Unknown said...

cuba berikan cara bagaimana seorg pmpuan nk cari jodoh...?? sy tau berdoa....tp kalau kita diduga dgn kehadiran lelaki yg dtg beri harapan.....dan tika itu hati telah terpaut....perginya dia, ibarat separuh badan turut pergi...utk pulihkannya...perlu sedaya upaya...

permpuan sukar difahami..sy sndiri rse sy sukar utk difahami..

sekian...

Yoep lintor said...

patut lh awek sye kira nk marah jer..igtkn ape..laporan ni sye nk bg ia baca..
sye tulis jawi tau lh nk bt, tulisan rumi bengong sikit sbb dh tua..hehe

[.ika itu aku.] said...
This comment has been removed by the author.
anGah said...

@Reena perempuan juga manusia punyai hati dan perasaan.. nape lak tak leh mencari jodoh? adakah perempuan tidak layak memilih siapa pasangan jodohnya? bagaimana perempuan nk cari jodoh? alahai..

Sunah Sakura said...

saya suka entri ni...sangat suka ayat dalam kotak kedua akhir..janji Allah tentang pasangan yang baik untuk orang yang baik adalah sepanjang kehidupan kan...kerana mungkin saja yang baik itu sedang Allah sediakan untuk kita...bila dah diberi petunjuk tentang jodoh kita, yakinlah dan kuatkan hati untuk terus memegangnya hingga akhir hayat kita...insya'Allah...

Umie Naziera said...

susah bebenor nak ketemu jodoh kan..hmm

..seputih salju said...

BERUSAHA mencari jodoh y terBAIK untuk kebahagian dunia DAN akhirat..
~doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal
^^