Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah..
Dari manakah datangnya kepuasan jika diri hanya memeluk tubuh menanti tibanya cinta? Sedankan kita berpijak di dalam alam yang nyata.. Bukan sekadar hiburan tontonan.. Kita punyai impian.. Kita punyai harapan..
“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga”Kita sering merintih dan merungut mempersoalkan bila jodoh kita kan kunjung tiba.. Sedangkan siapa jodoh kita telah di tetapkan sejak dari Azali lagi.. Mungkin jodoh kita panjang, mungkin jodoh kita ramai.. Dan tidak mustahil jodoh kita pendek.. Semua itu adalah ketentuan dari Allah SWT.. Cuma apa yang kita ada, kita wajib berusaha di dalam menyakinkan hati kita.. Jodoh itu bukan hanya menunggu dan menanti datang.. Berusahalah..
“Jodoh itu urusan Allah.. Sudah dicatat sejak azali lagi.. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat.”Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir..
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha..
***
Berbicara tentang jodoh, saya akui diri ini terasa amat kerdil dan tidak terluah dengan hanya coretan.. Kerana mana mungkin saya seorang yang pakar di dalam bidang ini..Saya cuma menulis berdasarkan pemahaman apa yang terbatas dan punyai cacat cela.. Di harap dapat menilai, merujuk pada yang lebih pakar.. Kerana saya jua ada salah, mohon dibimbing dan ditegur.. Terima kasih