Wednesday, September 28, 2011

Pesan Pada Hati




Perkara yang amat menyakitkan dan sering terjadi pada kita pabila menyintai seseorang namun orang yang kita amat dambakan kasihnya menyintai orang lain.. Terasa pedih dan hilang satu semangat baru untuk bangun


Menyintai seseorang kadang tidak memerlukan sebab yang terlalu terperinci.. Kadang tanpa kekuatan di dalam diri, hilang satu nada yang berirama.. Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk meluahkan..

Pesan pada hati
Agar selalu kuat dalam mencari diri.. Usah di rindu pada yang telah pergi.. Moga tiada kekangan yang membawa pedihnya hati..



Pesan pada hati
Biar saja rindu itu berlabuh.. Jangan terlalu asyik di dalam angan angan.. Biar saja menjadi kenang kenang agar hati ini selalu saja kuat.. Kuat di dalam mencari diri, suatu tika dulu akulah insan bertuah.. Tapi kini, aku lemah tanpa ada kamu..

Hati merintih, hati terluka
Bukan hati ini tidak tahu mana sakitnya.. Cuma hati ini degil.. Hati ini asyik teringat pada satu tatap wajah.. Hati ini amat rindu.. Hati ini amat dambakan.. Kita yang dulu.. Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya

"Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki"
Melepaskan sesuatu tidak bermakna kita akan terus di dalam kalah yang berpanjangan.. Kadang ada sebab tertentu, kita terpaksakan lepaskan orang yang kita sayang

Walau cinta dikhianati, maafkanlah.. Walau sesukar mana.. Maafkanlah.. Cuma hati ini tak mungkin akan melupakan penipuan tersebut

Jika Dia Memang Pelabuhan Hati Terakhirku

Sungguh cinta tak ada yangg salah,
Ia wujud sebagai anugerah dari Allah SWT menjadi penyejuk jiwa kita yang lemah,
dan kadang kadang memberi warna dunia kian indah..

Dalam hening yang sepi
kita luahkan hasrat hati bersama doa..
kita berharap Allah SWT mahu menerima.. Mahu mendengar..
kerana di atas kehendak DIA lah semua ini ada..
Cinta yang nyata hadir di dalam jiwa kita..

Ya ALLAH..
Jika memang dia untukku..
jagalah kami dengan kasih dan sayangMu,
jika memang dia pelabuhan hati terakhirku..
naungi kami dgn rahmat serta redhaMu Ya ALLAH..
amin...

:: teman hari ::

"Seolah cinta itu mematikan hatinya membutakan cahaya yang ada"


Nota:
Usah mengharapkan dan merindui seolah bagaikan pungguk rindukan indahnya purnama.. Yang berlalu biarkan saja pergi.. Andai suatu hari nanti, ada jodoh di antara kamu dan dia.. Pasti akan tiba saat itu..


Pabila cinta dikhianati.. Dan masih mengharap.. Maafkan lah.. Dan mulakan hidup baru~



Comments
12 Comments

12 Orang Yang Prihatin:

s3vander said...

nice entri encik angah...(=

Ary said...

singgah kembali..dan semestinya saya singgah selalu disini...:)

*Ada sesiapa nak Join Segmen Pertama NUR KASIH
*Keadaan Di Somalia Yang Amat Meruncing Perlukan Bantuan Kita Lagi...

bicara mak dara said...

first time datang ke blog ini dan saya rasa amat kagum dengan semua entry di sini all i can say is WOW!! congrats..

Unknown said...

Cinta tu anugerah Allah untuk insan2 yang disayanginya. (",)

www.anastasyea.com

Anonymous said...

hehe..mmg blog jiwa2 ^^
kerana hati itu hnya inginkn keikhlasan bersndrkn cinta hanya pada Dia =)

cikgu said...

salam angah..thanks dtg blog cikgu...cikgu dah lama follow blog ni..jatuh cinta lepas kali pertama masuk..hehe..

fisa othman said...

salam Angah! lama tak dtg sini...entry yg menarik dan tertarik..;)

aamalinaazman said...

aduhaiiii
sungguh terkesaaannn dihatiiii

Hashimanor said...

memaafkan itu mulia,tapi melupakan itu sgt mustahil..

Anonymous said...

suka....kalo sakit hati, baca blog ni..hehe.

amysha said...

sy nak share kat entry blog..boleh ye :)

Anonymous said...

nk copy ley x??ngeee~coz tertarik menarik ko mmg da bomb~ =)