Usah menangis disaat kamu kehilangan cinta , kerana Dia tidak akan mengambil sesuatu darimu kalau bukan untuk menggantikannya dengan yang lebih baik
Mencintai tidak bererti memiliki..
Kerana jatuh cinta itu adalah satu bentuk perasaan yang sukar untuk dikawal dan di awasi.. Kita terasa satu perasaan yang membuak buak di dalam dakap dada.. Namun masih lagi menyimpan akan rasa agar selalu ada.. Agar selalu tenang mencari hakikat cinta yang terpendam..
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima, di dalam tidak ketidak kesempurnaan seseorang di dalam mencari kesempurnaan antara kamu dan si dia..
Mencintai seseorang adalah menyerahkan sebahagian dari perasaan cinta itu selain dari yang terutama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan kedua ibu bapa kita.. Dan secara tidak langsung kita perlu bersedia untuk kecewa..
Segala kesudahan rasa..
Cintalah keranaNya dan kamu akan merasai nikmatnya cinta,
Tiada jiwa akan terluka.. Tiada hati yang tersiksa..
Seharusnya kita percaya, takdirNya terindah dari segala-gala
Kerana kita wajib mempercayai, Dia menentukan segalanya..
Ketetapan jodoh kita selaku hambaNya adalah di dalam ketentuanNya
Sekiranya kemahuan di hati tidak sejajar dengan kehendak,
Seolah telah hilang satu kisah cinta,
Terhenti dan tiada akan rasa..
Percayalah..
Yakinlah..
Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencintai keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Terima kasih menerima diriku seadanya.. Menerima kekurangan aku di dalam diamnya kamu membetulkan aku.. Menerima kasih sayangku dan menukarnya menjadi cinta antara kita~
Nota:
Setelah agak sekian lama tidak update entry di blog jiwa jiwa.. hampir 6 hari rasanya.. Dan selepas ini pun akan berkurangan jua update entry.. So baca la apa yang ada ye.. banyak lagi entry lama lama belum baca kan.. muahaha... baru terasa kesibukan menjadi ayah.. eh ayah ke papa ke bapa ke abah ke? haha.. belum ada lagi..