Wednesday, June 22, 2011

Jodoh itu rahsia Allah SWT

...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan kita..



Kadang kita menyangka, antara kita dengan seseorang itu dekat dan amat rapat hubungan itu.. Dan sering kita sangkakan dialah segalanya.. Sehinggakan kita lupa akan suratan dan takdir.. Kita amat yakin dan pasti si dia adalah jodoh kita.. Sedangkan antara kita dan dia belum menjadi halal lagi..

Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi.. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik baik perancangan adalah dari Allah SWT..

Di dalam meniti hari bahagia, di alam percintaan.. Kita sering meluahkan kata kata manis.. Berjanji sumpah setia dan sehidup semati.. Tetapi sedangkan antara realiti sebenarnya, kita dan si dia cuma bertemu dan bercinta.. Belum pasti punyai jodoh sehidup dan berpisah kerana suami isteri yang sah..

Kerana itu lah, setiap percintaan di masa sebelum berlakunya perkahwinan hendaklah bercinta secara bersahaja.. Berkawan mengenal erti hati budi masing masing.. Kerana belum tentu itu jodoh kamu dan dia..

Cuba kita bayangkan, hubungan percintaan antara kamu dan dia amat rapat dan sama sama di puncak bahagia.. Kemudian berjanji untuk berkahwin.. Akan tetapi, bisikkan syaitan dan hawa nafsu yang tidak terkawal, terjadinya satu perzinaan.. Tidak malukah kita, tidak suci dan menyerah pada yang bukan hak?

Tak kira perempuan atau lelaki, jagalah maruah diri.. Jagalah kehormatan diri.. Pergaulan yang mesra ala ala suami isteri tetap haram dan bukan halal jika belum mempunyai hubungan sah suami isteri..

Dua insan yang ditemukan antara satu sama lain untuk menjalin perhubungan yang lebih jauh demi melangkah hari ke hari hingga akihir usia, hingga akhir hayat.. Dan langkah langkah kita mesti berani tanpa menoleh lagi sejarah lalu untuk di kembali.. Menjadi satu kekuataan dalam diri menjamin kehidupan yang lebih sempurna dalam perjalanan yang masih lagi panjang..

Dan siapa sangka, orang yang kita benci menjadi jodoh kita.. Dan mungkin, jodoh kita itu orang yang kita langsung kita tidak kenal.. Dan mungkin orang yang kita kenal tapi tidak kita sangka menjadi sebahagian dari hidup kita.. Tidak perlu aku huraikan di sini..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Buat jodohku, terima kasih menerima diriku yang serba kekurangan ini seadanya.. Sudah tertulis aku dan kamu adalah jodohku dan atas kasih cinta yang bersemi mohon agar mekar hingga ke syurga.. Berpisah kita cuma mati..

Berlajarlah untuk menerima dan mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi milik kita dan usahlah melayani perasaan diri yang selalu di tikam bisikkan nafsu..

Menyedari satu tanggungjawap adalah kemestiaan yang dipikul dan bukan hanya menjadi cerita membasi buta.. Dan kita punyai kehidupan demi menjadi menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya..

*Selamat Menyambut Ulangtahun Yang pertama, merinduimu satu kemestian walau kata jarang di dengar walau ungkapan tiada diucap selalu..
-Mood standby on call.. muahaha.. berdebar debar dowh.. Shah alam -  Alor Star 5 jam gak tu.. my wife tak tau aku da blog.. perghh...



Comments
20 Comments

20 Orang Yang Prihatin:

liyana said...

x taw..pndai sorok blog..hehe
sorok blog xpe

Sunah Sakura said...

erkkkk! meh nak gitau wife angah! hahahaha~ by the way, nice la!

cik pulau said...

wahh.. suka entry ni..^^,
dan setuju sangat.. kita tak tahu sape jodoh kita sebelum lafaznya akad.^^,

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahhh so romantik kalah seth tan...betul kan ader gak lelaki romantik dalam dunia nikh saper kata suami tak romantik...huhuhuh bertuah badan isteri angah nikh huhuhuhu tahniah selamat ulang tahun pernikahan ehehehe

irah-aku.ummi said...

hal jodoh xder sapa yg tahu...
Selamat ulangtahun ;)

http://blogakuummi.blogspot.com/2011/06/info-kesihatan-wanitaketumbuhan-fibroid.html

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

perghh.. class angah..
tiba2 ada persoalan dan mohon diulas oleh angah..

kadang semasa awal bercinta pasangan selalu kata mengikut jalan Allah .. Tapi bila dah kenal rupanya syaitan bertopengkan manusia.. hati nak tinggal jer, tapi mesti ada rasa nak perbetulkan sambil sama-sama ke jalan yang lurus..

macam mana nak mengekalkan keihklasan di awal perkenalan supaya tetap mantain ikhlas mcm tue.. ya lah bila dah tau perangai macam tue mesti banyak persepsi yang bukan2..

soalan nie dah banyak di utarakan dan diulas tapi nak kongsi dari pendapat angah.. gaya penulisan kadang buat seseorang tertarik kan..

wa tak mengarut kan angah... hahaha... harap di ulas pada entry2 mendatang angah..

Nway.. wish u luck dengan mood on call tuh, InsyaAllah.. TQ.

PeRmAtA bIrU said...

hurm hari nih tersangkut hati nak baca semua entri2 yang menarik dari blog nih... nice sangat2...heheh... dan lagi nice bila penulisnya adalah sang lelaki... huhu...

tonaH iS herE said...

sweetznye~

Datin Tuu said...

ok, datin pilih blog awak :)

anGah said...

@Datin Tuu pilih utk ape? huhu

anGah said...

@PeRmAtA bIrU hek hek hek.. tersangkut pulokkk

anGah said...

@Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa sorry lambat reply.. pe kes? add dekat akunya fb..

Lavender Lassie Roses said...

Erm..sejenak baca entri ne, membuatkan saya yakin dengan keputusan yang bakal diambil... Jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Tuhan..kita hanya mampu merancang, tapi Allah lebih berkuasa dalam menentukannya... "langkah kita mesti berani, tanpa menoleh sejarah yang lalu untuk dikembali"...
Thanks!!

eija said...

aku masih mencari cinta yg sempurna

Anonymous said...

tersentuh membaca entry ini, thanks angah.

ainna baijan said...

so sweet!

eyida said...

suka baca entri ini.. :)

muunie said...

i like it so...
coz, i never read a page like this...
suukaaa bgt!!!!

nur_za said...

nur suka sangat entry ni..nur siap bagi kat dia..hehe..doa kan ye..jodoh nur dengan dia...(malu kalu dia bace komen ni..hhehe)

Multi Info said...

Jodoh saya entah kemana