Thursday, March 31, 2011

Jiwa yang jauh : Berpisah kita cuma mati



Dalam dakapan malam yang usang, cuba alunkan kisah cerita resah yang selalu saja bermain di minda.. Tiada langsung niat mencerminkan siapa empunya rasa..

Kamu bukanlah seorang tabah dalam menghadapi hari mendatang.. Kamu bukannya orang yang cukup kuat untuk teruskan suasana begini.. Apa yang ada padamu, hanya lemah dalam bayang sendiri..

Dalam ketika satu rasa amat dalam kamu akui tiada siapa yang memahami rasa ini.. Sering saja dipandang remeh dan dibiarkan sayu mata memandang.. Seolah olah kamu tiada harga diri menjelajah dalam hiasan kehidupan..

Aku memandang sayu pada satu wajah.. Ku tatap dalam dirinya jauh jauh.. Cuba juga untuk memahaminya.. Namun masih aku kecewa - gagal dalam tanggungjawapku sendiri..

Kamu yang kini terus melayani rasa.. Yang ada cuma sunyi dalam sepi.. Siapa tahu isi hatimu.. Siapa tahu apa mahumu.. Dan kamu terus dalam hanyut membiarkan arus kecewa melemaskanmu..

Senyuman mesra yang terukir dari raut wajahmu disenangi orang sekeliling.. Melihat betapa manjanya kamu.. Betapa amat disenangi orang lain.. Namun di dalam hati kamu.. Masih menyimpan bara derita yang membakar.. Dalam kepura puraan menyembunyi satu perasaan yang dalam keterpaksaan.. Sejauh mana lagi senyuman itu ingin kamu bawa? Lama manakah akan bertahan hidupmu bagaikan menanti retaknya kaca..

Seandainya ketenangan dalam mencari erti kasih sayang itu tiada dalam diri kita dan tidak bermula dari dalam jauh dari kita sendiri, sia sia sahaja kita membuang masa mencarinya di tempat lain.. Mulakan dengan diri kita sendiri.. Berubahlah wahai detik hati..

Aku tahu kamu di dalam dilema.. Di dalam keresahan yang panjang.. Seolah gelap saja langkahmu kini.. Bersabarlah, berpisah kita cuma mati....



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Jija said...

cdey nyee bace.. da la bace time2 cm ney :( .....

anGah said...

Kalau zaza sedey.. Saya lagi lar sedey.. Hoho

Syahida said...

sedihnya post yang ni. entah kenapa, terasa sikit. huhu.