Wednesday, March 21, 2012

Dan Kadang Kita Tertewas Dengan Alunan Cinta Lagi

Kadang, Cinta itu seakan mendekati.. Dan kian menghampiri.. Namun bila semakin hampir.. Dan semakin didekati.. Dan tapi bila didekati, Cinta  seakan menjauh..

Dan biarlah aku jatuh cinta di dalam hati, tak mungkin kan peduli sama ada kamu sedari atau tidak, biarlah mata ini melihat keindahan cintamu sekalipun tidak akan tercapai tangan nak disentuh pada zahir yang terlihat.. Tan[a tiada lagi rasa yang datang kini..

Kadang, Cinta seakan mengejari.. Mengekori saja langkahku berpijak.. Seakan cemburu padaku.. Namun bila langkah ini terhenti.. Dan ku berpaling untuk menunggu.. Dan Cinta turut terhenti dan hanya memerhati.. Membiarkan ku sendiri lagi..


Kadang, Cinta itu seolah olah cuba memeluk hati ini.. Namun cumalah bayang sepi yang hanya datang kala sunyi.. Dan biarkan ku lelah dan terus kalah..

Kadang, diri ini ingin sekali pergi menjauh hilang dari sisi.. Namun masih ada tautan hati yang telah terpaut kuat memagari.. Dan tewas lagi tanpa ada langsung akan belas memujukku.. Tanpa ada rasa kasihan melihatku.. Dan Cinta itu sekali lagi melukakan harapanku..
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan..
Dan ada kalanya, aku butakan saja hati ini dalam cuba menerima erti Cinta yang baru.. Berpura pura tak tahu mana lagi siapa yang harus ku tuju.. Dan aku semakin keliru dengan bahasa Cinta ini.. Semakin lama semakin aku sesak.. 

Dan jangan kamu tanya lagi apa yang ada dalam hatiku kerana aku tak mungkin akan mengulanginya apa yang pernah aku luahkan.. Kerana telah pergi satu kesan yang mendalam menusuk di dalam jiwa..

Dan jangan kamu cuba mempertikaikan apa yang tersirat dihatiku, kerana yang tersurat telah aku leraikan terpulang untuk kamu menghargainya ataupun tidak.. Aku pekakkan saja telinga.. Aku butakan saja mata.. Bukan kerana tiada dengar dan bukan kerana tidak memandang.. Namun itu aku punyai kerasnya hati..

Dan kerana tidak akan sesekali aku memaksa untuk kamu mengakui tentang hatimu dan biarlah perasaan itu hanya aku yang rasai..
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
Dan biarlah rasa ini kekal merasakan cintamu dan biarlah aku meyimpan rasa yang tulus ini dengan menyintamu.. Di dalam diam lagi~



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

reenapple said...

Ah... aku sedang alami rasa ini. Sakit... =(

W.o.a.y.I.e.s said...

like ayat last.~=) indeed silence is solace.

Umie Naziera said...

sesaat dya datang,sesaat dya hilang.. :(

Sunah Sakura said...

dan itulah cinta, sesuatu yang manusia lihat remeh dan mudah pada permukaannya, namun sangat kompleks dan rumit pada dasarnya...

Unknown said...

hmm,wen u love someone, let it go, if its come back to u, its yours....

MizzTina said...

rasa cinta dibalas dengan tuba.. :(

AzreRosli said...

Cinta yg suka menipu dan memberi pengharapan yg palsu....T,T

vallery lyen said...

cinta itu mmg myakitkan..di saat kita saling mncintai mngpa perlu wujudnya orang ketiga dan ke empat?...kejujuranmu y aq perlukan...bgtaulh saya segalanya supaya sya dapat meleraikan apa y sedang mnjadi mslh dalam cinta kita..<3

aina said...

sy mntak nak share...