Cinta itu amat luas pengertiaan di dalam kehidupan kita seharian.. Dan kita sendiri punyai tafsiran berbeza pada pendapat dan pandangan masing masing..
Dan menjadi persoalan di sini, adakah cinta akan menjerumus kita ke arah lembah hina.. Menjadi dosa dosa tanpa ada rasa bersalah dan rasa takut..Dan menempah neraka?
Jika aku berbicara di dalam penulisan ini di dalam bentuk perbincangan, agak sukar untuk di karang dan di susun kata kata yang sesuai.. Kerana aku lebih selesa dengan bentuk penyampaian secara luahan..
***
Di saat aku telah pergi dari sisimu, baru ku sedari antara kita masih lagi yang tertinggal.. Masih lagi ada cerita yang tidak tamat.. Aku masih merasakan cinta antara kita.. Yang dulu ada, dan kini masih mekar dan kuat dalam dakap dada..
Namun aku dan kamu punyai jalan berbeza.. Aku dan kamu masih lagi menyintai antara satu sama lain.. Tapi punyai halangan.. Kerana aku sudah kepunyaan halal pada seseorang.. Diriku sudah kini di miliki.. Cuma hati dan perasaan cinta ini tidak pada dia.. Aku masih menyintaimu kasih.. Sungguh aku amat menyintaimu kasih..
Dan hidupku kini kosong.. Seolah tiada lagi cahaya yang meyuluhku.. Aku merasakan sunyi walau sebenarnya kini aku punyai seseorang yang menjagaku.. Aku merasakan cinta itu amat menyakitkan.. Kerana kita saling merasakan cinta itu ada.. Tapi kenapakah masih tidak dapat bersama?
"Cinta itu bukan tujuan... Cinta itu hanya jalan.. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat.. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan.. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama.."Dan hari demi hari, aku amat merasakan dunia seolah tidak adil padaku.. Mengapa harus ada dia, sedangkan hatiku amat dambakan kamu? Ingin aku lari dari dia, namun kerana ikatan ini amat aku berat untuk aku lakukan..
Aku masih lagi begini.. Dan sampai bilakah tidak aku tahu akan berakhir.. Di hatiku langsung tiada dia walau dia insan yang hak pada diriku..
Cinta amat kejam pada kita duhai kasih..
Kerana kita bertemu, hanya untuk mengenali ada cinta yang mekar.. Dan mekar itu di dalam kekecewaan dan kepedihan.. Kerana kita bertemu hanya untuk bercinta bukan untuk hidup bersama..
***
Cuba mengambarkan situasi kecurangan secara di dalam diam.. Secara menyingkap kesan yang amat keji.. Dan kadang itulah, cinta itu tidak seharusnya di agungkan.. Kerana itulah cinta amat luas..
Jangan kerana cinta, kita hanyut dan terlupa pada suratan.. Kita lupa siapa diri kita sebenarnya.. Di mana yang wajip kita taat dan curahkan kasih sayang kita? Di mana kita mesti suburkan rasa cinta itu jika tidak pada sebuah perkahwinan..
Terdapat banyak cara dan jalan untuk mengatasi.. Dan jangan sulitkan dengan perkara yang membisikan yang boleh menempah pada dosa dosa besar..
Dan kecurangan beginilah yang sering berlaku pada masyarakat kita.. Jangan kita nafikan kerana selalu kita dengari dan tahu.. Kadang ada sekitar kita.. Ada di depan mata kita.. Dan mungkin jua kita?
Dan bila terjadinya perkara begini.. Punyai jalan pernyelesaian.. Berbincanglah dengan secara baik.. Ambil jalan yang terbaik dari terus meneruskan lakonan.. Dari terus menyiksa diri sendiri dan orang lain.. Dan jika tidak bahagia, carilah sendiri kebahagiaan yang di rasa~