Monday, March 12, 2012

Dan Kita Sering Berkata Tentang Cinta

Bila cinta itu di dusta akan rasa di dalam jiwa, seolah cinta itu mematikan hatinya membutakan cahaya yang ada..

Merasakan bahagia bersamamu amat bermakna di dalam perjalanan yang pernah kutempuhi.. Bertapa singkatnya masa itu seolah menikam aku sedikit demi sedikit dan lukanya amat terasa amat dalam.. Bertapa sukar kurasakan akan meneruskan kehidupan ini..

Bertapa aku rasakan amat kepiluan di dalam gelap walau terangnya bersuluh..



Langsung tiada aku menduga, perpisahan ini terjadi kerana pada cerita kisah kita pada zahirnya amat ku rasa bahagia.. Kerana ada dikau disampingku, membuatku di dalam angan yang jauh.. Tak pernahku inginkan perpisahan ini, langsung tiada di dalam kotak fikiranku.

Cinta adalah unsur yang membahagiakan orang yang melaluinya di dalam kehidupan seseorang.. Ada kalanya cinta yang dirasakan amat tinggi nilainya.. Merasakan indah dan bahagia, kerana ikhlasnya menerima hakikat sesebuah percintaan.. Walau kadang cinta yang hadir, tidak dia memiliki diri dan empunya hati yang membuatnya bahagia.. Tapi kerana ikhlasnya cinta yang dijunjung itu ada, membuatnya dia bahagia walau cinta itu bukan ditakdirkan bersama..


Potensi diri dan kemampuan dalaman seri berkembang dengan adanya sentuhan cinta di dalam kehidupan.. Seseorang yang tidak punyai keyakinan di dalam diri soal arah tuju kehidupannya, pasti akan merasakan kesunyian yang panjang.. Pasti merasakan tiada pegangan di dalam kehidupan.. Kerana di dalam hatinya, cinta itu telah tiada.. Telah hilang.. Dan telah mati akan rasanya..
Cinta yang kekal abadi adalah cinta yang dalam kepada Allah SWT, dan berlandaskan pegangan yang ada menguatkan lagi cintanya pada yang halal..
Cinta yang di petik dari dalam jiwa lelaki dan wanita memerlukan pendekatan dan pengetahuan.. Tentang ertinya pengorbanan dalam menghormati sesama insan yang bercinta.. Tentang kejujuran melawan arus kecurangan yang sering diperkatakan.. Tentang kesetiaan dalam kemanisan perhubungan yang terjalin..

Bercinta adalah mengenal proses melakukan perkara itu pada waktu dan cara yang betul.. Bercinta adalah memastikan ada pada masa yang tepat dan menghayati dengan ikhlas..
Usah di tabur akan janji setianya cinta, jika tiada langsung keinginan menjadi satu ikatan yang halal.. Jika bercinta hanya untuk nafsu, hilanglah di mana adanya cinta yang di cari cari.. Jika bercinta cuma untuk memiliki tapi tidak memberi, apalah erti jika tidak menjadi realiti..
"Jika berani untuk bercinta, ingatlah berani jua untuk menikahi"
Memahami dunia cinta menjadikan kita seolah olah cuba menembusi tembok tembok tebal, sebelum berjaya menemui dasarnya.. Tembok tembok ini membuatkan kita tertanya tanya, sama ada di hadapan kita punyai rasa cinta ataupun sebaliknya..
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Jika hadir cinta sebelum menjadi yang halal bagimu, bercintalah bersahaja dan simpan separuh sedikit rasa itu.. Kerana kita tidak mengetahui apa yang di hadapan kelak.. Jika merana masih ada lagi ubatnya untuk luka yang terjadi


**
Sekadar pandangan umum tentang pengertian cinta pada penulis.. Sedang penulis sendiri masih tertanya tanya apa ertinya cinta.. 



Comments
1 Comments

1 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

Setiap kali jengah belog angah,mesti saya rasa jeles.bila la saya boleh dapat komen space sebegini rupa.. hmm..~
#Bila dapat jumpa angah face to face ya???
Jodoh Ada Di Tempat Kaki Kita Berdiri