Sunday, March 25, 2012

Kecurangan Itu Racun Di Dalam Perhubungan

Semua insan yang sedang bercinta dan bersama sama pasti inginkan sebuah perhubungan itu di nilai dengan janji bersaksikan wali iaitu sebuah pernikahan sebagai menuntut kebahagiaan yang di cari..

Dan setiap pasangan yang bersama pasti tidak mahukan ada anasir luar yang menganggu kewibawaan keutuhan perhubungan itu..

Dan penyakit yang amat di takuti adalah kecurangan.. 

Curang dan secara lazimnya dikenali jua sebagai tidak punyai kesetiaan pada perhubungan.. Curang dalam sebuah perhubungan tidak kira sebelum di ijab kabul atau semasa berumah tangga merupakan racun yang amat kuat hingga kadang boleh memusnahkan dan menghancurkan pertalian tersebut..
Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita.
Pada siapa hendak adu akan kesakitan yang amat sakit ini, takkala ku tahu sebenarnya bukan aku di dalam hatimu? Dan seolah tiada rasa bersalah kerana sanggup lagi menduakan aku sedangkan yang halal padamu tidak dipandang dengan cinta.. Mencari jua janji janji palsu kekasih lama~

Hal yang amat menyedihkan dan paling menyakitkan hati di dalam sebuah kisah apabila pasangan kita di dalam diam punyai orang lain..Dan semakin hari semakin membataskan hubungan antara kita dan dia.. Sakit yang terasa hingga kadang amat sukar untuk diceritakan pada sesiapa..

Dan kecurangan si dia telah terselah rahsia namun kerana mungkin masih sayangkan hubungan yang sedia ada mungkin berbicara di dalam bisu.. Keji dan hina sedangkan pada luarannya amat baik.. Tapi sebenarnya lakonan yang menyembunyikan rasa bersalah..
Aku simpulkan jua senyuman.. Walau aku amat terluka.. Aku gagahi berbicara lembut sedangkan amarah amat kuat di dalam dakap dada.. Aku memandang wajahmu, aku lihat sinar matamu.. Apa yang ada cuma kepalsuan cintamu.. Aku tahu kini.. Aku tahu siapa aku di hatimu..
Bila kepercayaan dikhianati, apa lagi yang ada? Setia itu tidak lagi digenggam.. Jika berpisah itu jalan terbaik buat aku dan kamu, apa lagi harus aku lakukan.. Sedang kita telah berjanji sehidup bersama.. Biar maut yang menjarakkan kita.. Namun ada kamu kini umpama mayat hidup, apa lagi ertinya bahagia padaku?

Di mana lagi kemuliaan janji kita dahulu? Dan jika tidak bahagia mengapa harus berpura pura lagi di dalam kisah kita.. Dan mana lagi harus aku esakkan lagi tangisan ini, sedangkan aku tahu walau sekuat mana aku menjerit.. Walau sederas mana air mataku mengalir.. Curang itu telah berlalu..

Apa lagi mahumu, jika hanya menjadi patung bernyawa?


**
Entry berat berkisah tentang perhubungan khasnya di dalam rumahtangga.. Dan ini adalah entry permulaan.. 




Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

reenapple said...

curang itu racun...racun yang tidak mungkin akan ada penawarnya untuk hilangkan rasa sakit akibat racun curang itu.. =(

Umie Naziera said...

mmcm mna la rsanya klau kita ducurangi..hmm

Anonymous said...

it will never cure...
sekali kena ...
till now masih rasa sakitnyer..
pada yg x penah kena tu...
jgn cuba utk rasa..
remind myself too...
jgn beri 100% sayang pada seseorang..
bia 'dia' sayang kite lebih...
jgn kite sayang 'dia' lebih..
huhuhu...

Anonymous said...

it will never cure...
sekali kena ...
till now masih rasa sakitnyer..
pada yg x penah kena tu...
jgn cuba utk rasa..
remind myself too...
jgn beri 100% sayang pada seseorang..
bia 'dia' sayang kite lebih...
jgn kite sayang 'dia' lebih..
huhuhu...

QiQi NuriraQ said...

dont b sad,allah kan ada ~~