Sunday, March 4, 2012

10 Sebab Mengapa Hubungan Itu Retak

Sekadar berkongsi mengapa sesetengah hubungan itu retak menanti putus.. 

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Penghormatan
Penghormatan adalah penting dalam perhubungan, ianya melambangkan diri seseorang. dalam betutur harus lah berwaspada kerana mungkin dalam pertuturan boleh melukakan pasangan tanpa sedari. hormat juga adalah penting dalam perhubungan kerana dapat mengeratkan lagi perhubungan.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Egois
ada sesetengah pasangan yang egois, tidak mahu mengalah tetap mempertahankan keegoan. jika sekali dua pasangan anda masih boleh rendahkan egonya semata mata untuk selamatkan keadaan konflik yang melanda, tetapi jika dah terlalu kerap kamu egois membuatkan pasangan kamu bosan. dan terasa dirinya tak dihargai. lalu dia pun berlalu pergi.

10. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


*****
Entry ini bukan dari hasil nukilan saya.. Ini adalah copy paste dari sumber Facebook.. Saya sekadar berkongsi~

Terima kasih



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

urmmm....

Sunah Sakura said...

even I'm not so ok, I have to be strong kan angah? :)

thanks bertanya...

chenta_arfa said...

yang penting hati ...dan niat

Mosumart Design said...

Assalamualaikum & Selamat pagi..

Terima kasih atas info yang sangat berguna.
Memang list yg diberikan relevan &
saya percaya 100% jika amalan2 negatif ni dapat dielakkan, hubungan akan menjadi lebih erat dalam sesuatu institusi rumah tangga.

Entri terkini:Perhatian:Hanya untuk orang yang akan mendirikan rumah tangga!

Nong Andy said...

bagus perkongsian ni angah!