Hati ini selalu sepi, kerana tiada siapa yang seakan mengerti apa rasa yang amat di dambakan.. Hati ini semakin layu seolah tiada lagi kiasan yang sudi untuk merawatnya.. Dan semakin lama semakin hati ini rasakan amat pedih dengan luka semalam..
Dan kerana masih lagi di dalam igauan kisah semalam, janganlah kamu menutup pintu hati kamu pada insan yang lain yang masih lagi sudi menghulurkan belaian kasih.. Kerana ini tidak adil pada diri kamu sendiri.. Kerana ini tidak adil pada soal hati kamu sendiri.. Sedangkan berpisah itu telah nyata, cubalah untuk terima cinta baru.. Cubalah~
Dalam hati ini terasa ingin untuk melepaskan rasa lama.. Namun sekuat mana cuba untuk melepaskan, semakin kuat terasa bahang genggaman cinta lalu.. Sungguh aku terasa sukar menidakkan perasaan ini.. Seolah baru semalam kita berpisah tapi pada hakikat telah lama akan perpisahan ini
Mereka memandang sayu padaku.. Mereka melihat dan berkata kata.. Memberi kata kata semangat yang kadang membuatkan aku semakin rimas.. Sedang mereka masih belum mengerti.. Belum memahami.. Perpisahan ini sudah nyata padaku.. Namun di dalam jiwa dan ragaku.. Masih ada kamu.. Masih ada bayangmu.. Dan aku tak rela dan tak sanggup melupakanmu~
Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta.. Dan Cinta adalah kasih sayang yang melimpah.. Dan Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap Cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan Cinta
Mereka hanya melihat diri kita sebegini.. Mata yang memandang hanya pandai menilai dan memberi kritikan.. Mereka tak tahu apa yang di rasakan kita.. Hati ini terlalu sukar dimengertikan walau diri sediri cuba pujuk rayu.. Mereka berkata kata seolah kita tidak punyai perasaan.. Sedangkan rasa ini, amat terasa akan peritnya yang menanggung
Kita kunci hati kita untuk menerima kehadiran seseorang ke dalam hidup kita kerana dibayangi akan sejarah nan lalu.. Kita bisukan suara hati kita, kerana masih dalam igauan yang panjang akibat kecewa lama.. Kita bekukan rasa hati kita kerana telah pudar akan indahnya manis bercinta..