Monday, October 3, 2011

Puisi - Saya Cintakan Awak



Puisi - Saya Cintakan Awak

Kadangkala saya merasakan,
Allah amat baik, kepada saya awak diberikan.
Mencintai awak sahaja sudah satu kebahagiaan,
Apatah lagi apabila cinta berbalasan.

Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati,
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak.
Terdetik satu masa, hendak selama-lamanya bersama,
Ya, selama-lamanya.
Maka terekstensi sehingga melepasi kematian,
Menyedarkan akan wujudnya dua pengakhiran.
Maka ke manakah kita akan bersama?
Di situ wujud kegerunan.



Maka saya mula memahami cinta,
Kalau benar saya cintakan awak,
Maka saya akan jaga awak dan diri saya dari nerakaNya.
Kalau benar saya cintakan awak,
Saya tidak akan mengajak dan melakukan apa-apa yang menjemput murkaNya.
Sebab, saya hendak bersama awak selama-lamanya.
Mustahil di neraka kita akan bahagia,
Maka syurga jualah tujuan kita.

Saban hari bersabar menahan diri,
Memang kadangkala perasaan inginkan itu dan ini,
Tetapi belum sampai masa,
Sedang sekarang adalah masa mempersiapkan diri.
Biar boleh jadi yang siap membawa awak pergi ke syurgaNya,
Kerana itulah dia makna cinta sejati.

Memang awak,
Memang saya tidak akan mampu menjadi sempurna,
Tetapi biarlah saya tahu sekurang-kurangnya saya telah berusaha semampu daya.
Biar nanti jangan cinta kita hanya sebatas dunia,
Dan di hadapan Allah kita berbalahan,
Kerana menuduh salah satu kita pembawa ke neraka.

Saya cintakan awak sepenuh hati,
Mengharap menjadi yang terbaik untuk awak nanti.
Biar kita bina keluarga yang mampu menjadi saham dunia akhirat,
Di dunia membina ummah Islam yang kuat,
Di akhirat menggapai syurga yang hebat.

Sebab awak amat berharga,
Untuk sekadar saya lempar ke neraka,
Dan mustahil, kalau saya cinta,
Saya membawa awak kepada kemurkaanNya.



Nota:
hasil nukilan ini bukan hasil dari penulis.. sekadar berkongsi kerana puisinya amat indah sekali.. share dari Langit Ilahi..



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Anonymous said...

angah. kamu sungguh sweet..hah!

perjalanan pulang said...

sekali sekali menulis pasti ada power

Nong Andy said...

credit pada langit Ilahi. membawa keinsafan btul puisi ni...

puteraduyong said...

puisi hilal ni menginsafkan...

Misz Ecah said...

cdey bce puisi nyh