Friday, October 21, 2011

Belajarlah Untuk Setia


Maafkan daku, kadang ada bisikan menyuntik kata kasih dan memberi aku dalam khayal untuk melupakan kamu sejenak.. Kadang aku kuat, tapi selalunya aku lemah dan tersungkur.. Maafkan daku


Cuba kita belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada.. Memberi satu harapan pada hati supaya syukur pada sesuatu yang telah menjadi milik kita.. Seseuatu yang telah kita ada.. Tidak sia siakan apa yang kita miliki.. Tanpa ada sedikitpun melangkaui batas menghancurkan nikmat tersebut.. Cubalah untuk setia..



Belajar untuk setia.. Setia bukan untuk di curangi.. Mengapa kita lepaskan apa yang telah di beri kepercayaan pada kita? Kita berpegang pada janji untuk setia.. Tapi mengapakan setelah di beri kepercayaan, kita mungkiri janji setia?

Belajar untuk menghargai.. Dan bila nanti tidak lagi dapat memegang erat apa yang tercapai, usahlah menyesal jika telah berlalu pergi.. Hargai selagi masih ada cinta bersemi.. Dan pupuklah jika semakin hilang akan warnanya..

Walau cuba daku melepaskan kenang kenang dulu yang selalu menjadi tanda kasih terlarang, aku jua masih hanyut di dalam ratapan bisu


Jangan kita rasa kita membuang rasa kasih itu dan kita mencuba untuk berhenti serta melepaskan.. Ingat! Jika kita gagal merancang, dan kita gagal untuk berlajar erti kesetiaan.. Tanpa ada nilai yang ikhlas, kita sebenarnya merancang untuk kehilangan..

Jangan merasakan terlalu sempurna.. Setiap kita ada kelemahan kerana itulah sifat manusia.. Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi dan jangan pula kita takut berdepan dengan kegagalan..

Rancang yang terbaik dan laksanakan yang termampu.. Natijahnya serahkan pada Allah SWT.. Kadang-kadang sifat inginkan yang terlalu sempurna menyebabkan kita menjadi satu ketakutan di antara dua hati..

Dan jika kita tidak mampu.. Belajarlah untuk katakan 'tidak'.. Tak semua permintaan perlu kita penuhi, tak semua tanggungjawab perlu kita tanggung dan tak semua tugasan, kita yang perlu buat.. Sentiasa nilai perancangan kita, ukur kemampuan diri kita sebelum menerima tugasan atau tanggungjwab baru..

Dan sunyi masih terasa sepi, memberi ruang hati ini keseorangan lagi.. 



Comments
6 Comments

6 Orang Yang Prihatin:

..ika itu aku.. said...

tak de yg sempurna kat dunia ni..
kejar yg sempurna buat diri sndiri rugi bila kita tak menghargai ap yg sedia ada kita miliki..
Hanya DIA yg maha mengetahui,Rahsia DIA tak de sape yg tahu..

lame tak nyibuk kat sni...hikhik =)

shiela said...

if kita setia tp org xsetia ngan kita cm ne...n bole ke kita berfikan cm nie...or berbaloi ke kita setia pd org yg xtau nk menghargai kita...xikhlas ngan kita...semua nya jd tanda tanya kerana soal ati dan perasaan ini selalu menjadi tanda tanya

n!cK said...

masih wujudkah manusia yg setia...

Panglima Muda said...

aduhai

syieha_wanah said...

sakit rasanya hati bila setia xdihargai dan pedih lagi rasa bila diri langsung xbererti.. itulah manusia.. xpenah hargai apa yg ada..

Anonymous said...

setia ngn selena gomez skg,abz cite!