Friday, October 14, 2011

Bahaya Cinta Terlarang




Entry ini adalah enty sambungan dari Cinta Orang Ketiga dam Luahan Cinta Orang Ketiga..

Kisah cinta ini lebih pada saya fokuskan pada hubungan cinta seorang wanita terhadap lelaki (suami orang) 

Rahsia Suami Orang di Dalam Cinta Terlarang
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri..





Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu.. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu.. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur.. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya.. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang.. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia.. Mati kamu kena serang!



Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

Lelaki Lebih Beruntung

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya.. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya.. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang.. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

Kesan Pada Diri Kamu Sendiri (wanita)

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu.. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya.. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat.. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!




"Kamu hanyalah sebagai sandaran di kala ingin mengubat kesunyian"

Nota:
Akan ada lagi sambung kisah cinta terlarang ini.. Di dalam entry ini banyak saya ambil dari cerita kesan dan akibat.. Sila rujuk sumber~

Jika ada pendapat dan pandangan sila PM atau emailkan pada saya.. terima kasih



Blog pilihan mate saya bulat
*selalu selalu lar komen.. hehe.. boleh promote blog pilihan :)

Rujukan Sumber



Comments
20 Comments

20 Orang Yang Prihatin:

jaY said...

cinta terlarang? jgn di layan sangat.. patut bg penampaq je sekor2 si lelaki suami org & juga perempuan yg kurang sedar diri tu. bertuah sungguh kalau dpt suami yg setia..susah & senang

bantal said...

best cete nie...

Anonymous said...

Sebenarnya,xsemua cinta terlarang tu xbaik atau xelok... Ramai orang skrg slh anggap... Xde sape wanita di muka bumi ni sggup atau nk bcinta dgn suami org... Xde sape manusia dimuke bumi ini sggup tuk bkongsi kasih... Tp kita cume mnusia,xde kuasa tuk mnolak takdir-Nya... Dan xsemua suami org xjujur sperti ape yg semua org fikir... Jika kite membenci poligami,sama sprti kita membenci Nabi kite.. Tak salah poligami itu jika ia membela nasib kaum wanita...fikir2kan la...dn cubelah bfikiran terbuka..

anGah said...

@Anonymous sy tidk bercakap tentang poligami. Kalau lelaki y benar benar ikhlas terhadap wanita itu, dia pasti tidak akan skandalkan wanita tu. Musti dia akan seyes dn kawen cepat2. entry ini citer cinta terlarang. Bukan cinta tak larang. Huhu

e'in said...

Kawal ati dan prasaan,sye sndri pn mule2 rase sakit sgt,tp lame2 da ok,lelaki biasalah,ayt mbis bak madu biler b'ckp,tp??huhuhuhu,kgn la terpedaya..(dri pngalaman lalu)

reenapple said...

setuju3... imagine bila daa kawin dan ada anak nanti.. sah3 anak tue yang akan jadik mangsa... yaa. bercakap dari pengalaman sendiri..=)

Ms Ef Abas said...

masing-masing ada cerita sendiri apabila terjebak dalam cinta terlarang...

jadi kita tidak patut terus membuat andaian @ "conclusion"...

tetapi yang penting, cinta terlarang mesti sentiasa dinoktahkan, samada kahwin atau putus terus...

SaYAp SaYaP TErbaNg said...

terlarang itu godaan. Sweetchild

Anonymous said...

boleh bagi pendapat macam mana nak putuskan perhubungan terlarang?rasa tak sampai hati jika putus terus.

Anonymous said...

biasanya yg ketiga tu akan beritau..istri pertama dia dh bagi restu...tp belakang kita sbnrnya isteri pertama tu dh kena ugut oleh org ketiga ngan suami gila tu td..hmmmm...terasa ke?
udah2 la tu...bwk bertaubat..yg bujang pon ramai lagi tu..

Anonymous said...

bukan nak membenci poligami..tp ada lelaki yang tak mampu dr segi kewangan,tp nak beristrikn lbh dr 1??bukan ka itu satu penganiayan terhadap wanita?kalau benar nak ikut sunnah rasul,kenapa tak nikahi wanita ikut cara nabi?wanita yang kematian suami..nabi membantu wanita yang dalam kesusahan..bukan 'anak dara'..

Ms Ef Abas said...

@Anonymous

cakap je this is the end of the relationship as you do not see the ending you desire. kena cekalkan hati dengan ber"hijrah" terus i.e. no more contact - even to say "hi!" bila dah berpisah. kalau ikut "sampai hati" sampai bila-bila kita akan terperangkap dengan cinta jenis ini.

lepas tu taubat nasuha, lupakan terus dia dan kenangan2 bersama dia. I know its easier said than done tp kena buat sekiranya benar-benar ikhlas untuk berubah.

bertindak sekarang kerana umur kita semakin pendek.

Iffah Afeefah said...

Betol
kejap je dperlukn

bile xmo campak je

bella azman said...

memang payah keluar bila dah teperangkap dalam situasi nie,ikutkan HATI MATI,ikutkan NAFSU LESU lah,bercakap melalui pengalaman y lepas mmng payah nk keluar bila dah masok tabahkan cekalkan minda =))

Anonymous said...

cinta terlarang.. xde siapa yg pinta utk tjebak dlm cinta terlarang, dan x dinafikan apabila terjebak amat sukar utk berundur... keindahan dan kemanisan cinta yang dibina begitu utuh hingga sukar diganti dgn yg lain...

Anonymous said...

@Ms Ef Abas

tq 4 ur advise..dh lama pk tp t'agak2 lg..dh bg hint2 nk putus..smpai ms nk ckp,kelu..
but i'll try my best..thanks..

Anonymous said...

tp sekadar bkawan salah jugak kew?? niat bkn nk merampas n msing2 tau status masing2..

Anonymous said...

en angah..mcm mana lak lau cinta bbeza agama...hati xdpt lpekn dia walaupun sy tau kami xkn besama..tlalu byk pbezaan nya...

Shy Ara said...

Bahana cinta terlarang terbuang kecundang...hmmmmm

Anonymous said...

kalau yg bercinta dgn suami org tuh pula adalah isteri org bagaimana? Sudah terang lagi bersuluh melanggar hukum..ada hati nk jadi isteri kedua dn sanggup meninggalkan suami dn anak2 demi cinta yg dikatakan sejati pd suami org nih...dn suami ni pula dkatakn poligami itu halal sdgkn bcinta dgn isteri org adakah halal???