Sunday, October 30, 2011

Kamu Yang Cukup Sempurna, Istimewa dan Terbaik Buatku

Meninggalkan dirimu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi cinta di dalam.. Tapi kerana aku amat menyintai dirimu, kerana itulah aku melangkah pergi.. Kerana kamu cukup sempurna di mataku.. Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu..

Aku telah mencuba sebaiknya menjaga hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintaimu.. Dan menyayangimu sepenuhnya di dalam erti kehidupan ini.. Aku telah memberikan kepercayaan yang kuat dan penuh di dalam kisah cinta kita yang tiada bertepi ini.. Namun, segala galanya tidak lagi mengikut apa yang kita rancangkan..


Jika kamu mengerti mengenali kamu, merasakan cinta antara kita.. Dan menyayangi kamu, mencintai kamu adalah antara hal yg terindah pernah aku lalui di dalam hidupku.. Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari jiwaku di dalam hidup ini..


Bagiku.. 
Engkau terlalu istimewa di dalam penghayatanku.. Tiada langsung akan cacat celanya perbuatanmu hingga aku selalu saja membiarkan kamu penat memikirkan tentang diriku.. Sungguh aku tiada langsung akan bahagia andai diriku masih lagi begini membiarkan engkau menerimaku di dalam tidak kesempurnaan di mata lelaki..

Bagiku..
Engkau terlalu baik hinggakan tiada langsung akan celanya di mataku.. Hinggakan tiada memori pahit tentang dirimu.. Engkau menjaga diriku seumpama menjaga dirimu sendiri.. Engkau menjaga hatiku seakan menjaga hatimu agar tiada akan kecewa..

Bagiku..
Engkau terlalu sempurna di mataku, hinggakan tiada lagi ciri ciri yang aku inginkan dari seorang lelaki selain dari engkau.. Engkau punyai jati diri yang kuat dalam dakap dada.. Cukup memiliki apa yang aku cari..

Bagiku..Mencintaimu adalah seikhlasnya.. Menyayangimu dengan sepenuhnya.. Menerima siapa pun kamu adanya..

Akan tetapi.. Adalah amat tidak adil pada kamu..
Aku punyai ruang ruang kosong di dalam jiwa ini sedangkan aku tahu bukan kamu adalah isian yang tepat.. Ruang kosong di dalam jiwa ini semakin lama semakin merebak lebih besar hinggakan tiada lagi akan sempitnya cinta kita dahulu..

Aku menjadi takut kerana aku tahu siapa diri aku.. Siapa aku hanya seorang yang amat kerdil dan hina jika hendak di bandingkan dengan engkau sang pemuja hati.. Kerana aku bukannya yang sebaiknya untuk kamu seorang yang amat sempurna di mataku..

Kamu berhak mendapat seseorang di sisimu yang lebih baik dariku.. Mungkin lagi terbaik dari aku..

Bukan tiada lagi cinta..
Kita, antara aku dan kamu.. Mohon agar lepaskan sahaja diri aku ini.. Mohon agar cepat cepat lupakan saja aku ini.. Kerana aku bukanlah yang terbaik buat kamu.. Kerana aku adalah seorang yang kian menjauh pada satu kisah cinta kita.. Bukan kerana tiada cinta kita antara aku dan kamu..

Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..


Andainya kamu tahu..
Amat aku menyayangimu.. Tiada akan masa aku tidak merinduimu.. Amat tebal di dalam jiwa ini kasih yang telah bersemi..

Andainya kamu tahu..
Telah aku tanamkan azam untuk menjadi tulang rusukmu yang telah hilang.. Memasang angan angah tika malam menjelma.. Seolah memohon mimpi indah sahaja tentang kita..

Andainya kamu tahu..
Telah aku bayangkan betapa indahnya kehidupan kita berdua setelah aku menjadi halal bagimu.. Kesana sini aku terbawa wajahmu..

Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..
Duhai kasih.. Moga baik baik saja permintaanku.. Kerana aku bukan pilihan yang terbaik buat kamu.. Kerana aku amat serba kekurangan berbanding kamu.. Diriku amat jauh jika di ibaratkan dengan kamu..

Duhai kasih.. Aku percaya berpisah kita ini punyai hikmah.. Punyai sandaran hati akan suatu cerita.. Bukan kerana tiada lagi cinta

Dan di saat apa yang kita hajati itu semakin hampir akan sesuatu yang kita tertunggu tunggu.. Di dalam meniti perjalanan yang kita sendiri mahukan.. Semakin hari semakin kita melihat bertapa pasti akan meriahnya kehidupan hidup berdua.. Kerana berdua itu setelah menjadi halal adalah yang kita tunggu tunggu..

Agar lepaskan saja diriku..



*********

Nota:
situasi seorang wanita yang ingin berpisah atau telah membuat keputusan nekad untuk berpisah dengan kekasihnya kerana kekasihnya cukup baik.. cukup sempurna.. Sedangkan wanita itu, tidak merasakan dirinya amat serba kekurangan.. Mungkin punyai masalah peribadi.. Bukan kerana tidak sayang dan cinta.. Tapi kerana tidak adil pada lelaki tersebut kerana wanita itu punyai sejarah silam mungkin.. 

Secara ringkas: laki ni bek sangat kot.. sampai awek ni rasa merendah diri.. ada lagi ke wanita mcm nie? hehe.. laki mungkin ada kot.. wahh

blog pilihan
http://lovingustory.blogspot.com/
http://lassierose.blogspot.com/



Comments
26 Comments

26 Orang Yang Prihatin:

Iffah Afeefah said...

Ceit puji laki lelebih

ade je org cmtu

anGah said...

@Iffah Afeefah keh keh keh.. mana la tau kan.. haha

KL BOYZ said...

Salam sejahtera, harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com

jaY said...

ada perempuan mcm ni.. memang wujud.
bila dpikir kalau dua2 dah suka..buat apa mengalahkan? kalau dah hati sepenuh kt dia, knp kita nk lepaskan dia pergi? pastu bina kehidupan ngan org lain?
mcm pelik pulak nk bina hidup ngn org yg kita x brp kenal/syg dlm masa yg sama biarkn 'jantung' kite yg satu tu terkapai,terbiar,hilang.. bina hidup yg lain? pelik.

perempuan yg mcm ni mmg ikhlas, TETAPI lain plak ngn lelaki hmmm...
lelaki adalah fighter! kalau dia taknak..dia taknak la. Jadi bila lelaki buat alasan bodoh-gila-bangang spt "Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu" ini adalah sign yg jelas buat si perempuan: SILA LA BLAH
btol kan angah? kan? ;)

reenapple said...

pompuan ada la.. lelaki so far takde yang teramat baik .. @_@

..ika itu aku.. said...

ayat anGah yg last tu cehh..
bkn cakap pasal diri sendiri ke anGah??haha

tak dinafikan ada je lelaki yang sangat baik, ika dah jumpa.. hikhik

Sunah Sakura said...

ok...nice...dan sekarang, next entri angah, jadi lelaki yang dimaksudkan pulak...untuk pujuk wanita tu... :)

momoi mee said...

sgt sedih..hm..=='

Nong Andy said...

Perempuan yg baik hanya untuk lelaki yg baik. dan lelaki yg sebaik kamu hanya utk gadis yg baik. dan gadis itu bukan aku! Aku sayangkan kau sepenuh hati tapi aku bukan gadis terbaik utkmu.. kau berhak dptkan gadis yg lebih baik dari aku.. aku hanya mawar yg pudar warna. (teoriku semata-mata hehehe)

*blog ku jadi blog pilihan? yay.. patutlah follower bertambah :)

Anonymous said...

suka ngan ayat yg first skali tu..minta izin copy...

aimie amalina said...

ada
masih ada wanita seperti itu
ehmmmm

mungkin lepas ni..
ada lagi

sehinggakan sampai satu tahap
wanita itu tidak sanggup melihat wajah itu lelaki

kerana merasakan diri nya begitu jijik

Anonymous said...

tiada ap bza nya antra kte,kau mkn nasik ,ak pn mkn nasik by dr bomby

by Zent said...

Salam kenalan dari shah. Tujuan shah singgah sini sebab nak ajak korang semua join FOLLOWER GIVEAWAY shah yang baru sahaja dilancarkan :)

kalau berminat boleh join di sini ye: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html



Giveaway: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html

Lavender Lassie Roses said...

Kadangkala kita tidak mampu menafsir setiap apa yang terdetik dan terlindung dalam hati seseorang..biarpun dia punyai seseorang yang amat baik dan sempurna dimatanya, rasa kekerdilan diri yang teramat ketara mungkin membuatkannya merasa begitu hina dimata insan yang disayanginya.. Apatah lagi insan itu telah melakukan yang terbaik untuknya...Hakikatnya, hanya dia dan dirinya sahaja yang mampu mengerti atas setiap apa yang berlaku membuatkannya bertindak sebegitu rupa...

anGah said...

@..ika itu aku.. ekeke...

anGah said...

@Sunah Sakura sory tak menepati pe y sunah nak.. huhu

anGah said...

@Nong Andy huhu.. makaseh sudi komen :)

anGah said...

@aimie amalina hurm.. tp kalau laki tu ikhlas.. akan sedia menerima wanita itu seadanya..

anGah said...

@Lavender Lassie Roses betul betul.. huhu

Cik Ziera said...

suke blog nie sbb penulis betul2 tau dan paham prasaan pompuan. kalu la sume laki leh paham yg popuan nie nak pehatian je, n di beri kasih syg. hee

PuRpLe GurL said...

hmm....adew lg kew pompuan cm2??bkn dlm drama tv je ke adew??

fatwa said...

U____U

alya_madu said...

ce wat sal pompuan yg sempurna tp laki tu xreti hargai..

Mujahidah Syaabah said...

nape plak xde? haha..
mybe sy akan rasa cmni ngan suami sy yg sebenar nnti... sebab sebelum kawen ngan suami sy.. sy dah pernah bercinta ngan org lain.. dlm erti kata lain.. curang.... huwaaaaaaa

Lukisan Hati Gadis Itu said...

ermmm.....saya terkesan dengan penulisan angah. betul2 kena dengan apa yang saya alami saat ni. takdir Allah..tiada jodoh antara kami.saya akur dan redha dengan ketentuanNYA.

schaz wiena said...

so sad..;'(