Monday, October 3, 2011

Penjelasan Fida tentang gambar yang didedahkan Mamat




Setelah hanya mendiamkan diri berkaitan kontroversi gambar yang diupload oleh Mamat, Fida semalam membuka mulutnya menerusi BiPop.. Fida melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih dengan tindakan Mamat. Malah kata Fida, hatinya telah tawar dan terluka dengan apa yang telah Mamat lakukan.



Berikut ialah kata-kata Fida menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku:-
Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet
Fida terus melahirkan rasa kekecewaannya dan tidak percaya dengan alasan yang Mamat berikan:-
Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.
Baca entri ini seterusnya untuk luahan hati Fida yang selanjutnya: Sila ke beautifulnara.com

Maaf.. Entry ini bukan entry jiwa jiwa.. Sengaja aku nak tengok mcm mana sambutan kalau gosip artis.. Dan entry mcm sekadar untuk menguji traffic sahaja.. Entry yang akan datang, entry jiwa jiwa.. Maaf ye..



Comments
18 Comments

18 Orang Yang Prihatin:

Eyda Syahida said...

gambar peribadi tp still bukak aurat depan mamat yang bukan muhrim dye. apekahh? tak faham eden.. =_='

Izzah Idz said...

.harap2 fida tak cakap dan jumpa MAMAT terus..dasar MAMAT SEPAH!!

Anonymous said...

klu da couple , halal haram smue mmg boleh tolak ketepi ke ?? die ngn mamat tu bkn nye muhrim.. mne boleh bukak aurat sesuka hati..

Anonymous said...

salah sendiri , siapa suruh bukak tudung walaupun untuk peribadi . kan dah kenaaa ,

ch000tz axoera said...

hrmmmmm....>_<

Kazman myPillBoard said...

Fida boleh mohon maaf je kat wartawan. Tak payah la salahkan Mamat je. Boleh settle cara baik dengan Mamat apa. itulah wartawan Malaysia. Kot la nak tanya tentang lakonan ke, drama terbaru ke..layan ROTTW lagi best.

Anonymous said...

yeszaaa.. sy setuju bangat dgn Salyati Razali...

Anonymous said...

erk pic 2 mcm fida lgsg xbrtdg jew time kt sgpore 2??so bkn slh mmt kowt...hurm pndai lah..tljak prhu blh g gostan..nieyh da tlbh lajak ada gear revers x??

jaY said...

kan da ckp.. XX yg baik utk XY yg baik. ada la sbb knp fida 'pilih' mamat-sepah tu.
kalau aku date ngn brad pitt, dia suh bkk tudung pn aku taknak.. selagi tak halal.

ahmad kamil said...

kalo ada krisis mcm ni...bermakna.....macam ada can nak masuk line je nie...hehe

ahmad kamil said...

@Eyda Syahida

betul tu. mamat tu bukan muhrim dia da...x kn si fida x leh pikir.

Cik Ice said...

Ish3..*Geleng kepala*

hyazz said...

entah ler...tak boleh nak salahkan si mamat jer..si fida pon salah juga...walaupon orang tu rapat ngan kita sekalipon.. takperlulah dedah kan ...aurat tetap aurat...lain lah kalau dah jadi suami isteri

Anonymous said...

salahkan diri kita dlu sblm nk salahkan org laen...mgkin ada hikmah di sebalik kejadian ni yg Allah nk tunjuk...

Anonymous said...

hurmmm...dalam kes ni...salah nye pada fida....cube fikir kan,..kalau dia terus bertudung...x kan wujud kes ni...x kisah la pic peribadi pon kan...mamat tu bkn suami dia...knapa dia boleh x bertudung didepan mamat ketika berada d tempat org...perlu ke menipu peminat kat mlaysia ni..kalau x jd kes ni kite x tau sape sebenar nye fida..soo...xperlu lah fida nk salah kn mamat,x nk bertegur or jumpe...renung kan diri sendiri dulu..mana mula nye punce..ni lah kalo taksub sgt nk bergaye..

Anonymous said...

klu dh wt silap, pndai2 tanggung risiko nya.. huhu

Anonymous said...

@Anonymous

mnyampah dgn fida ni.. elok2 pkai tudung, skrg dh nk fesyen2 tdung plak.. kontroversi je lbh. brlakonnya entah apa2 jer. .meluat aku!!

Bijak~bijak~~ said...

saya setuju dengan cik Farliana Awang tu.