Mata yang memandang tidak tahu kesan di dalam jiwaku.. Biarlah jika orang lain tidak tahu.. Biarlah jika orang lain mencemuh atau pun jadi membenciku.. Mungkin mereka seperti itu kerana memang melihat apa yang terlihat.. Melihat seolah tiada jujurnya aku di dalam perwatakan kita..
Masih seperti inilah aku.. Mungkin dia tidak tahu keadaannya sebenarnya sehingga timbullah banyak prasangka.. Tapi Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati ini..
Pergi dari kehidupan seseorang yang memiliki tempat di hati memang terlihat amat payah..
Bukan kerana tiada lagi cinta.. Bukan tiada kasih bersemi.. Bukan sayang sudah pudar.. Namun, sebelum aku menjadi halal bagimu.. Jagalah maruahku.. Jagalah kehormatanku.. Jagalah aku..
Akan tetap ada.. Takkan pernah hilang.. Tapi aku tak ingin mencintainya melebihi rasa sayangku kepadaMu..
Mungkin aku tidak dapat berubah secara langsung.. Sehingga perubahanku terlihat palsu di matanya.. Hanya Engkau yang tahu bahawa ketika aku meninggalkannya bukan kerana ada orang lain yang aku sayangi..
Tapi dia memang harus tahu bahwa aku jatuh cinta bukan padanya lagi.. Dan aku tahu untuk mendapatkan cintaMu itu tidak mudah.. Memerlukan perjuangan dan pengorbanan.. Aku akan terus belajar.. Meskipun aku belum sempurna mencintaiMu...
Meskipun mendapat kebencian darinya..
Pesanku padamu..
Aku berpesan pada seseorang yang pernah ada di dalam hatiku ini.. Yang pernah menjadi istimewa di dalam jagaku.. Yang menjadi perantaraan mencari jalan bahagia.. Cubalah untuk berubah.. Cintailah seorang wanita itu mengikut syariat Islam.. Cintailah seorang wanita itu selari dengan keteguhan dan aturan yang sebaiknya..
Dan hanya Engkau yang tahu.. Bahawa aku ingin cinta yang halal.. Atas izin dan kehendakMu..
Aku pasrahkan semuanya kepadaMu Ya Allah..