Monday, October 24, 2011

Luahan Cinta Sebelum Menjadi Halal Baginya

Aku mencintai engkau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta.. Andai kau hilangkan cintaNya,maka hilanglah cintaku padamu.. Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.. Cinta Illahi jugalah yg menyebabkan aku memilihmu.. 

Aku dambakan kasih dan sayangmu.. Sungguh amat perit dan pedih bila aku membuat keputusan ini, merasakan amat susah dan payah sekali.. Namun, kamu harus tahu.. Kita bercinta.. Kita berkasih sayang.. Biarlah di jalan Allah SWT.. Supaya kita sama sama mencari keredhaanNya setelah aku menjadi halal bagimu..

Biarlah orang lain meragukan niatku untuk berubah..
Mata yang memandang tidak tahu kesan di dalam jiwaku.. Biarlah jika orang lain tidak tahu.. Biarlah jika orang lain mencemuh atau pun jadi membenciku.. Mungkin mereka seperti itu kerana memang melihat apa yang terlihat.. Melihat seolah tiada jujurnya aku di dalam perwatakan kita..




Masih seperti inilah aku.. Mungkin dia tidak tahu keadaannya sebenarnya sehingga timbullah banyak prasangka.. Tapi Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati ini..

Pergi dari kehidupan seseorang yang memiliki tempat di hati memang terlihat amat payah..
Bukan kerana tiada lagi cinta.. Bukan tiada kasih bersemi.. Bukan sayang sudah pudar.. Namun, sebelum aku menjadi halal bagimu.. Jagalah maruahku.. Jagalah kehormatanku.. Jagalah aku..

Di dalam kekuatan diri untuk meninggalkannya.. Untuk menyimpannya di hatiku yang paling dalam.. Semua kebaikannya.. Kenangan bersamanya.. Semakin aku terasa sakitnya.. Namun aku cuba untuk berubah.. Cuba untuk merubah.. Hari hari yang pernah aku lewati bersamanya..

Akan tetap ada.. Takkan pernah hilang.. Tapi aku tak ingin mencintainya melebihi rasa sayangku kepadaMu.. 
Mungkin aku tidak dapat berubah secara langsung.. Sehingga perubahanku terlihat palsu di matanya.. Hanya Engkau yang tahu bahawa ketika aku meninggalkannya bukan kerana ada orang lain yang aku sayangi..

Tapi dia memang harus tahu bahwa aku jatuh cinta bukan padanya lagi.. Dan aku tahu untuk mendapatkan cintaMu itu tidak mudah.. Memerlukan perjuangan dan pengorbanan.. Aku akan terus belajar.. Meskipun aku belum sempurna mencintaiMu...

Meskipun mendapat kebencian darinya.. 

Tidak mengapa.. Kerana ku tahu.. Kerana aku telah sedar.. Antara kita semakin menjauh pada satu hakikat dan syariat yang sebenar.. Aku jua mahu kamu berubah.. Namun, terlebih dahulu aku janji pada diriku dahulu.. Untuk aku berubah..

Pesanku padamu..

Aku berpesan pada seseorang yang pernah ada di dalam hatiku ini.. Yang pernah menjadi istimewa di dalam jagaku.. Yang menjadi perantaraan mencari jalan bahagia.. Cubalah untuk berubah.. Cintailah seorang wanita itu mengikut syariat Islam.. Cintailah seorang wanita itu selari dengan keteguhan dan aturan yang sebaiknya..

Ingatkanlah ia agar semakin teguh di jalanMu.. Kerana kini aku tak akan mengingatkannya lagi.. Jagalah ia agar senantiasa tetap tegak berdiri.. Berjuang di jalanMu.. Kerana hanya Engkaulah sebaik baik Penjaga..

Dan hanya Engkau yang tahu.. Bahawa aku ingin cinta yang halal.. Atas izin dan kehendakMu..

Seorang lelaki yang benar ikhlas di dalam perhubungan, tidak akan mempermainkan maruah dan kehormatan seorang wanita itu.. Tidak berani membelai dan menyentuhiku sebelum menjadi halal pada satu perhubungan.. Pasti akan menjaga kepercayaan seorang wanita..

Aku pasrahkan semuanya kepadaMu Ya Allah..

Aku juga tidak mengetahui siapakah kau jodoh ku.. Hanya Engkau Yg Maha Mengetahui segala sesuatu.. Doaku, semoga kau tercipta untuk ku.. Semoga aku bertemu jodoh dengan kau atas izin Allah SWT

Seharusnya, kamu membimbingku.. Mengajarku erti yang sebenarnya


Nota

Entry ini berkisah cinta seorang wanita pada kekasihnya.. Namun, selepas beberapa ketika wanita ini sedar cinta sebelum nikah akan menjerumus ke lembah matsiat.. Then lelaki ini masih tidak berubah.. Wanita ini terpaksa membuat pilihan.. 



Comments
25 Comments

25 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

subhanallah...kuat sekali wanita itu...wanita-wanita yang sanggup berkorban untuk agamaNya, bersedialah untuk menerima ganjaran Allah di akhirat kelak...

..ika itu aku.. said...

Sumber inspirasi yg baik...~

aimie amalina said...

sungguh jiwa wanita itu meruntun kan kasih dan sayangnya kepada Ya Aziz..

subhanallah =]

cimOt said...

betol tu..easy said than done..aku sudah melaluinya..

just wanna share..
http://akupunyepasalaaa.blogspot.com/2011/10/aku-sudah-buat-keputusan-sampai-di-sini.html

mas saari said...

cinta kerana Allah pasti akan bersatu!
saling mencinta dan saling menjaga batas2 pergaulan...

lieynanilaz said...

bagus untuk pengajaran buat diri saya...:)

Panglima Muda said...

aduhai... begitu sekali......tapi aku tidak pernah mempercayai cinta itu, aku tidak pernah melihat kejujuran, aku tidak melihat kebenarannya kecuali 1000 dalam 1

umUMRA said...

cinta yang halal lagi bermakna..:))

yura said...

jika die untukku dekatkan la ahty ku dengannye..
jika ia bukan untuk ku...
redhakan la haty ku...

Nong Andy said...

kekasih halal.. macam dalam lagu wali band. Mana yang belum halal tu.. cepat-cepatlah jadi kekasih halal.. insyallah bahagia dan berkekalan.

*n3 ni best aku bagi seribu bintang berkelip-kelip di langit!

Zulfikar Hazri said...

apa ni, masuk je blog ni rasa nak kawen... masuk je rasa nak kawen..

uuuwaaaaaaaaaa T__T

Lavender Lassie Roses said...

Cinta pada-Nya adalah cinta hakiki yang akan kekal abadi terpelihara...

Aiisyah Gazali said...

alhamdulillah. mudah-mudahan lelaki tu puin berubah :D

Aiisyah Gazali said...

=kenapa cik jejari?? sebab saya suka cara penulisan dia.. kalau baca blog dia,memang best.. hehe

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

anGah said...

@cerita best komen ni je duk tgk kat semua blog y pak joe komen.. komen y sama.. adoi

anGah said...

@Zulfikar Hazri tunggu lagi.. haha

anGah said...

@Nong Andy wow... huhu.. ang neh.. haha

aryl said...

cantik,
menarik
tiada kata dapat mengambarkannya,

JIJI YU said...

Alhamdulillah..aku dah jumpa perempuan ni

Paris Lipton said...

wow thats why lah one of my member suke share post awk kt fb...terbaekk

I-da said...

Wanita ini sememangnya kuat & tabah untuk menepis arus mehnah yang datang di sekelilingnya. Bukan mudah untuk menjadi wanita yang benar-benar solehah di zaman yang serba mencabar. Semoga saya & wanita di luar sana bisa menjadi sekuat dia.

dotdotsekian said...

mohon share boleh?

Anonymous said...

ak harap ak dpt seseorg yg dpt bimbing ak ke jalan yg benar..harap ada jödoh,=}

MiFiqa said...

nice :)