Hati kita terluka dan meninggalkan bekas terlalu lama.. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dilalui terasa begitu berat dan diluar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah tuju.. Melihat akan kepayahan diri, memberi suram pada jati dan kita masih lagi begini.. Hilang di dalam samar ertinya kehidupan..
"Bila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan..Kerana sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam.."
Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. Sedangkan halal bagimu, tiada langsung tatap akan rasa..
Kerana kita adalah manusia, menyedari kesalahan merindui dan menyintai tanpa batas membuatkan kita semakin tersepit dengan nada dosa.. Melepasi akan hakikat yang sebenar.. Sedangkan berpisah itu sudah nyata.. Namun kerana ego dan masih tidak berpijak di dunia yang sebenar, kita terus menzalimi jiwa kita merindui dan menyintai seseorang yang bukan lagi menjadi halal pada kita..Aku merindui pada getaran warna sinar matamu,Aku dambakan bauan jatuhnya debu debu dari suaramu,Melihat akan bahasa akan tubuhmu, aku menyayangimu..Sungguh sekarang, engkau mengajar aku erti derita merinduimu..
Perasaan rindu dan menyintai, apa yang kita pahami sendirian, tidak dapat kita tahan dan menyekat dari terus mekar.. Namun kita punyai kewarasan akal yang ada.. Kita tahu menilai.. Kita mengerti akan bahana.. Mengapa harus menyiksa jiwa kita dengan kepalsuan realiti..
Bangun dan sedarilah..
Rinduilah pada yang sudi.. Yang menjadi satu kisah dalam hati.. Bukan merindui pada bukan empunyai hak..
Cukup sudah..
Memberi kasih cinta pada insan yang tinggalkan kita, tidak menghargai kita.. Sedangkan kita bodoh dan meninggalkan insan yang menyintai kita..