Sunday, December 4, 2011

Copy Paste Lagi dari Blog Yang Terkenal

Assalamualaikum

Pertama ini bukanlah entry jiwa jiwa tapi merupakan entry luahan perasaan dari saya sendiri.. Kita tak mungkin dapat mehalang perbuatan 'copy paste' di dalam dunia alam maya ini.. Walau kita cuba elakkan atau bagaimana caranya pasti akan ada perbuatan tidak bermaruah atau bermoral..

sumber gambar dari blog tersebut




Di dalam etika blog atau di dalam dunia maya blog ini, perbuatan menciplak dan menghaku hasil karya sendiri adalah perbuatan yang amat tidak disukai.. Langsung tidak disukai.. Siapa suka hasil karyanya di tiru bulat bulat dan tidak diberi credit atau baclink? Pasti akan terasa amat sedih dan kecewa..

Untuk pengetahuan, di dalam blog jiwa jiwa ini 95% adalah hasil nukilan saya sendiri.. Dan jika ada entry yang bukan dr hasil saya sendiri, pasti saya akan letak sumber dari mana asalnya..

Jika sebelum ini pernah saya utarakan perbuatan hina ini di dalam 2 entry.. Sila rujuk entry ini
Copy Paste lagi.. blog terkenal tapi tiada rasa malu dan satu lagi entry yang telah saya remove (entry marah) dan sekarang berulang lagi.. Tapi kali ini 2 blog yang terkenal dengan blog islamik dan berbentuk ilmiah..

Dan aku rasa tak perlu aku nyatakan blog blog tersebut.. Pada blog blog tersebut, saya cuma minta letakkan backlink atau credit pada owner asal.. Dan terdapat paling kurang 3 entry dari blog jiwa jiwa ini, di dalam blog tersebut..

***
Aku memang takde belas kasihan, hormat dan sanjung tinggi pada golongan yang menciplak hasil karya orang lain dan mengaku hasil sendiri.. Walau dia hebat di mata orang lain, tapi dipandang hina dan tiada langsung rasa hormat..

Masih di dalam mood sentap......

- Kalau entry agama boleh la utk kita sebarkan.. Tapi ni entry jiwa jiwa.. sekurang kurangnya letak la backlink bro

UPDATE.. 
1- Usah Dikenang Cinta Yang Lalu.. http://akuislam.com/blog/renungan/usah-dikenang-cinta-yang-lalu/#axzz1fQYykbDO bertarikh 2 oktober 2011 copy paste entry blog jiwa jiwa 
Cinta sudah berakhir namun masih menanti http://www.sentuhanmaya.com/2011/04/cinta-sudah-berakhir-namun-masih.html bertarikh 16 april 2011..

2- ada lagi 3 entry di dalam blog tersebut yang tiada back link..

3- ada 2 blog lagi yang terkenal sedang suka dan leka asyik copy paste kerjanya.. mcm takde idea sendiri untuk tatapan awam..



Comments
10 Comments

10 Orang Yang Prihatin:

Lia Irdelia said...

patutnya letakkan credit pada entry tersebut,,,
barulah OK!...

anGah said...

I-irdeLia said...
mungkin benar... menanti dan berharap sesuatu yg telah pun berakhir.. mungkin ia suatuyang sia-sia.. atau mungkin ia bisa saja menjadi kenyataan akhirnya.. walau apepun, kembali ke alam nyata untuk menerima hakikat pastinya memerlukan masa... untuk sembuh dari kesakitan semalam...


ni komen awak dekt entry tersebut.. entry saya.. awak org firsr komen dekat entry saya tu

Kayu Manis said...

Salam adik,siapa pya tuan blog tu?..kita tak perlu takutkan..nak tahu jugak..awak kunci je awak punya blog..tak ada la orang nak copy paste lg..pada saya kalau ilmu akhirat,saya suka orang copy paste,dan sebarkan pd orang lain supaya sama2 dpt manfaatnya,samaada nak creditkan atau tak,tak kisah,yg penting ilmu tu sampai,dan Allah suka orang yg sampaikan ilmu.yg lain2 tu biar Allah uruskan.

anGah said...

cinnamon.com : entry kisah motivasi cinta ja..

Niena Muhammad said...

mmg xpatut dia wt cenggitu.

Unknown said...

akuislam.com wajib bertanggungjawab, jangan amik shortcut nak femes. nama islamik, tapi perangai mcm org tak sekolah..

Sunah Sakura said...

lapor kat skmm la angah!

Nong Andy said...

Memang rasa 'bengkak' juga kan.. kalau kena copy paste tanpa bagi credit/backlink kat kita.. lebih2 lagi org lain puji2/suka n3 tu mcm la dia punya idea.. nak iklaskan hati pun tak boleh.

* sila buat teguran di blog dia. Ini cadangan sy. sy pernah tegur org yg mengaku 'hasil' idea sy.. dan serta merta dia ubah n3nya.:)

kyrul said...

tujuan dia baik tu :) takpe lah

azeemazain said...

kesiann,..dia telupa kot letak backlink,..=)