Entry ini adalah entry sambungan kisah Cinta Orang Ketiga
Menjadi cinta orang ketiga ini memang banyak cabaran dan dugaan.. Kadang orang tidak mahu menyelami perasaan mereka mereka yang menjadi cinta terlarang ini sebagai satu panduan dan pendoman.. Mereka tidak pernah menyangka rasa yang hadir itu cinta.. Kadang rasa itu datang langsung tidak di sedari.. Kerana datang cinta itu dengan bermacam macam cara..
Selalunya, bila bersamanya adalah satu keindahan perasaan yang sukar dijelaskan dan kamu akan khayal di dalam dunia kamu sendiri, sedangkan kamu sendiri mengetahui si dia bukan milikmu.. Kamu relakan dan sanggup menerima
Bukan suasana dan jalan cerita tidak diketahui.. Dikau kepunyaan orang, namun hadir perasaan sayang dan kasih ini tidak ku pinta.. Naluri ingin menidakkan datangnya cinta yang bersemi namun tidak aku mempunyai kekuatan menghalangnya.. Begitu sakit menjadi orang ketiga dalam hubungan kamu berdua namun, kita semakin jauh.. Aku keliru menjadi takut menerima kenyataan
Mengapa perhatian kamu berikan padaku sedangkan kamu sudah berpunya.. Mengapa begitu memberikan janji yang kita sama sama tahu amat susah kamu kotai.. Aku tahu kamu sayangkan aku namun dalam hatimu jua masih ada si dia insan di sampingmu.. Makin kuat aku untuk melangkah pergi, makin erat cinta hadir antara kita.. Menjadi orang ketiga amat terseksa jiwaku, tiada siapa tahu dan paham rasaku
Dulu aku memang rasa cinta itu tebal dan dalam.. Dimana ada kamu, di situ kita berjanji setia.. Tapi kini sudah berlalu.. Cinta kasih aku pada kamu sudah pudar.. Lebih baik aku lepaskan saja kamu dari terus menyiksa dan berpura pura.. Bukan aku sengaja memungkiri janji tapi apa gunanya kita masih bersama sedangkan hati...ku kini sudah milik orang lain.. Maafkan aku, menyatakan kebenaran dari terus kamu terseksa
Dan akan ada lagi entry susulan pada kisah ini.. Mohon agar kalau ada pendapat dan pandangan sila komen.. Dan jika hendak berkongsi rasa, sila PM atau email.. Terima Kasih :)
Blog pilihan BeloG MTT [dot] com / Laily Qaisyirah
Blog pilihan Celoteh Sampai Lebam