Monday, October 24, 2011

Senyuman Yang Terukir Kadang Tidak Memberi Makna Pada Rasa Hati

Jika ada rindu tidak semestinya cinta.. Tapi jika ada cinta, hati ini sentiasa merindu

Jiwa kita merasakan amat ketara kekosongan bila kita keseorangan dan kesunyian.. Kita merasakan seolah tiada akan sesuatu yang kita dapat pautkan di dalam mencari ketenangan.. Kita sunyi.. Kita keseorangan.. Kita kesepian..

Kita terasa amat sunyi tika melalui ranjau perjalanan kehidupan.. Walau ada suara suara yang selalu membisikkan rasa dan memberi satu keazaman di dalam jiwa.. Kita jua merasakan bertapa sunyinya denai hati ini.. Walau masih ada suara itu kedengaran, dan memberi satu demi satu arahan di dalam minda.. Kita jua merasakan sunyi..



Kita merasakan kita keseorangan walau di sekeliling kita punyai ramai teman.. Punyai kawan dan teman yang sanggup bertemankan kita.. Namun kita masih lagi terasa keseorangan.. Kita terus di alam kita sendiri tanpa ada kesan ada orang di sekitar kita.. Kita semakin menjauh.. Kita hanyut.. Jiwa kita semakin suram..

Kita telah hilang satu rentak kehidupan di dalam mencari identiti diri kita sendiri.. Kita masih lagi mengharap belaian kasih itu kembali terjalin.. Kita merasakan bertapa sempitnya waktu tika dirinya tiada..

Kita amat rindukan satu kenangan lalu yang telah lama pergi.. Kita kadang merasakan kenangan itu akan mengulang kembali kisah dan detik itu.. Kita menipu diri kita sendiri seolah akan datang lagi peluang bersama insan yang pernah hadir..

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?

Kita memberi harapan palsu pada diri sendiri.. Dan semakin teruk, kita semakin parah, sakit hingga tiada terungkap pada kata kata..

Sedangkan yang telah berlalu pergi itu, tetap aku berlalu.. Tiada akan waktu dan masa berputar kembali pada sediakala.. Tiada lagi luahan yang pedih itu hilang seolang tiada akan suramnya..

Senyuman yang terukir dari raut wajah kita jelas dan memberikan seribu pengertiaan.. Walau sekeliling kita tidak dapat meneka apa rasa hati.. Namun hati kita.. Jiwa kita.. Yang merasakan bertapa sakit dan sunyi.. Tetap akan terasa sepi..


Kasih telah ku berikan menjadi sandaran pada nilai perhubungan antara kita.. Menjadi kekuatan di dalam erti kebahagiaan.. Kita semai dan pupuk cinta itu agar mekar selari dengan pencariaan menuju keredhaanNya



Nota
Cukup setakat entry ini.. Tak larat tulis panjang panjang.. Akan ada sambungan entry jiwa rasa kosong ini..

blog pilihan
http://akudankesahku.blogspot.com/
http://reenapple.blogspot.com/
http://pakdinrasa.blogspot.com/
http://ika-itu-aku.blogspot.com/

Berminat utk masuk di dalam blog pilihan di setiap akhir entry? Selalu la komen ye :)




Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

EYQASARA said...

Siapa yang tau getar hati sewaktu bibir tersenyum.. Allah saja yang memahami maksud yang tersirat.. (^^)

aamalinaazman said...

hanya yang merasai kehidupan itu,
yang melalui kesepian yang melanda di hati..

kekadang hati itu sangat mendambakan yg seperti bibir sedang mengulas senyuman..

tetapi,
hati itu lebih mendominasikan rasa pahit yang ditelan
sebelom menjiwai senyum yg meniti dibibir..

~Amny Rauhah~ said...

sedihnya. :'(

Nong Andy said...

kau senyum tapi matamu tidak tersenyum. kau ketawa tapi matamu tidak bercahaya.. semuanya palsu.. semuanya pura-pura.. kerna jiwa mu sudah lama 'mati'.. kerna bahagiamu sudah lama pergi..

ewah.. aku menjiwang pula heee...

Unknown said...

uwaaaaaa, nak kawen....!!!

apsal budak dalam DP tu nangis? kesian dia...

Lavender Lassie Roses said...

Tatkala ini,...
Inilah yang berlaku dan bergolak dalam hati..
Meronta-ronta mencari pengertian yang hakiki,..
Senyum dan tawa yang terukir hanya dipamerkan secara luaran,..
Bagi membendung dan melupakan rasa sakit, sunyi dan sepi dalam hati,...
Walau hakikatnya mereka masih ada,..
Jiwa dan hati yang kosong tidak mampu untuk dirungkaikan...
Cukuplah melihat kegembiraan serta kebahagiaan mereka diluar sana,..
Walaupun, jauh dilubuk hati tersimpan seribu satu kisah yang tidak mampu dibuka kembali..
Kisah yang mampu membuatkan aku lupa pada setiap jalan yang terbentang dihadapan,..
Dan terus menoleh dan menjejaki kenangan semalam yang semakin tenggelam dek masa dan keadaan...
Hanya senyuman yang mampu terukir, biarpun dalam hati masih mencari ruang untuk dipenuhi..

Anonymous said...

minta share...nice

fatinhanafi said...

huuhh....tersentuh hati bce entry nie..huk2.. T_T