Jika kamu mengerti mengenali kamu, merasakan cinta antara kita.. Dan menyayangi kamu, mencintai kamu adalah antara hal yg terindah pernah aku lalui di dalam hidupku.. Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari jiwaku di dalam hidup ini..
Bagiku..
Engkau terlalu istimewa di dalam penghayatanku.. Tiada langsung akan cacat celanya perbuatanmu hingga aku selalu saja membiarkan kamu penat memikirkan tentang diriku.. Sungguh aku tiada langsung akan bahagia andai diriku masih lagi begini membiarkan engkau menerimaku di dalam tidak kesempurnaan di mata lelaki..
Bagiku..
Engkau terlalu baik hinggakan tiada langsung akan celanya di mataku.. Hinggakan tiada memori pahit tentang dirimu.. Engkau menjaga diriku seumpama menjaga dirimu sendiri.. Engkau menjaga hatiku seakan menjaga hatimu agar tiada akan kecewa..
Bagiku..
Engkau terlalu sempurna di mataku, hinggakan tiada lagi ciri ciri yang aku inginkan dari seorang lelaki selain dari engkau.. Engkau punyai jati diri yang kuat dalam dakap dada.. Cukup memiliki apa yang aku cari..
Bagiku..Mencintaimu adalah seikhlasnya.. Menyayangimu dengan sepenuhnya.. Menerima siapa pun kamu adanya..
Akan tetapi.. Adalah amat tidak adil pada kamu..
Aku punyai ruang ruang kosong di dalam jiwa ini sedangkan aku tahu bukan kamu adalah isian yang tepat.. Ruang kosong di dalam jiwa ini semakin lama semakin merebak lebih besar hinggakan tiada lagi akan sempitnya cinta kita dahulu..
Aku menjadi takut kerana aku tahu siapa diri aku.. Siapa aku hanya seorang yang amat kerdil dan hina jika hendak di bandingkan dengan engkau sang pemuja hati.. Kerana aku bukannya yang sebaiknya untuk kamu seorang yang amat sempurna di mataku..
Kamu berhak mendapat seseorang di sisimu yang lebih baik dariku.. Mungkin lagi terbaik dari aku..
Bukan tiada lagi cinta..
Kita, antara aku dan kamu.. Mohon agar lepaskan sahaja diri aku ini.. Mohon agar cepat cepat lupakan saja aku ini.. Kerana aku bukanlah yang terbaik buat kamu.. Kerana aku adalah seorang yang kian menjauh pada satu kisah cinta kita.. Bukan kerana tiada cinta kita antara aku dan kamu..
Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..
Andainya kamu tahu..
Amat aku menyayangimu.. Tiada akan masa aku tidak merinduimu.. Amat tebal di dalam jiwa ini kasih yang telah bersemi..
Andainya kamu tahu..
Telah aku tanamkan azam untuk menjadi tulang rusukmu yang telah hilang.. Memasang angan angah tika malam menjelma.. Seolah memohon mimpi indah sahaja tentang kita..
Andainya kamu tahu..
Telah aku bayangkan betapa indahnya kehidupan kita berdua setelah aku menjadi halal bagimu.. Kesana sini aku terbawa wajahmu..
Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..
Duhai kasih.. Moga baik baik saja permintaanku.. Kerana aku bukan pilihan yang terbaik buat kamu.. Kerana aku amat serba kekurangan berbanding kamu.. Diriku amat jauh jika di ibaratkan dengan kamu..
Duhai kasih.. Aku percaya berpisah kita ini punyai hikmah.. Punyai sandaran hati akan suatu cerita.. Bukan kerana tiada lagi cinta
blog pilihan
http://lovingustory.blogspot.com/
http://lassierose.blogspot.com/