.... Gambar tika rombongan ke ganu, my big bro kawen baru ini..
Buat hati yang selalu di sangka punyai ego yang tinggi, sering aku merasakan amat susah untuk di pahami dan di nilai apa rasa yang datang.. Dari raut wajah yang tenang dan membisu, terasa hormat tersemat di dalam dada..
Dari seraut wajah dalam membesarkan aku, membasahi keringatnya membanting tulang di sawah.. Makan kami, hanyalah rezeki yang dicarinya di sawah peninggalan pusaka.. Itulah sumber pendapatan kami sekeluarga di dalam meniti hari..
Aku sering leka di dalam asyikku tika itu umurku di alam remaja.. Memandang sepi dan melarikan lirikkan mata dengan cepat takkala tubuh itu pulang dari kerjanya.. Sedangkan aku tahu, peluhnya masih basah.. Sedangkan aku tahu, penatnya masih ada.. Apa salahnya jika aku bangun dan bertegur sapa - memberi segelas air untuk menghilangkan dahaga.. Tapi aku biarkan saja.. Itulah aku.. Ahh.. Dunia remajaku..
Tika malamnya, walau dia tidak bersekolah tinggi.. Walau kerjanya cuma pak tani.. Tidak kenal erti jemu mengajar aku dan adik adik.. Alhamdulillah, aku dapat melanjutkan ke sekolah berasrama penuh.. Dan walau tiada kata tahniah darinya, aku tahu dari cahaya yang bersinar dari matanya, dia bersyukur..
Tika meningkatnya umur remajaku, aku telah menghampakan harapannya.. Pada suatu petang, aku menelefon ke rumah dan mengadu aku tidak sihat.. Memang aku tidak sihat, batuk batuk.. Dan ke esokkan harinya.. Aku di tangkap oleh pengawas di sekolah tika itu PMR, kerana memiliki dan menghisap rokok di asrama.. Petang itu juga, guru disiplin dan warden asrama menghantar aku ke rumah -dibuang asrama.. Sedangkan bila tiba di rumah.. Ibu dan dia tidak tahu kisah sebenar menyangka kepulangan ku kerana aku tidak sihat.. Dan masih aku dapat ingat raut wajahnya, hampa, kecewa, malu tika mengetahui perkara sebenar..
Dia tidak pernah memukul aku, mengeluarkan kata kesat dan kasar.. Dia diam.. Dan diam itu seakan membunuhku.. Cuma satu rangkap patah kata yang amat berbisa.. Yang amat dalam maksudnya.. Sungguh aku amat takut tika itu, kata dia "jadilah manusia, jangan jadi sampah".. Itulah aku,(merokok membahayakan kesihatan)
Dan masa terus berlalu, kisah itu kisah 14 tahun lalu.. Tika aku di sekolah SMKAK.. singkatan pada sekolah di kedah..
Kini, walau belasan tahun lepas.. Pekerjaan dia masih sama.. Hari harinya di sawah, mengerjakan tanah sawah tanpa ada rasa jemu.. Aku dapat melihat wajahnya berubah kehitaman dan kulitnya semakin ada kesan tua.. Ya, ayahku sudah tua.. Kini genaplah 60 tahun..
Tak penah aku sisipkan ucapan Selamat Hari Bapa padanya.. Tidak pernah walau sekali di umur aku.. Dan amat jarang aku bersalam dengan mencium tangan.. Kecuali pada hari raya.. Entah, aku kekok.. Dan aku rasa janggal.. Ahhh.. aku anak yang tidak kenang budi?
Dulu pada di saat aku menerima diploma, dia pernah ucap dalam perlahan.. Di dalam suara yang tidak kedengaran tapi aku mendengar dengan jelas.. "Biarlah Pak keja bendang, dan anak Pak berjaya mendapat ilmu dunia akhirat".. Masih lagi aku terasa..
Pernah aku melihat air matanya.. Tika itu, pada tahun lepas.. Dapat aku lihat dalam dalam dari matanya.. Seakan menanti mengalir.. Selesai sudah akad nikah dan aku sah menjadi suami orang, aku bersalaman dengannya.. Mencium tangannya.. Dan dia berkata perlahan.. Seperti selalu.. "anak pak dah besar, dah jadi laki orang.. Tanggungjawap dah makin besar.. Jangan tinggal sembahyang".. Aku sayu.. Hampir menitik air mataku.. (nasib baik ada photographer, kalau tak sah)
Sungguh aku sayangkan dia.. Cuma aku jarang mengucapkannya.. Sungguh aku rindukan dia.. Selamat hari bapa Pak...
Semoga menjadi panduan untuk kita sbg seorang anak ,menyintai dan menyayangi kedua ibubapa kita dan hargailah setiap jasa dan pgorbanan yg telah mereka curahkan kepada kita setiap masa, tanpa mengenal erti penat lelah, sanggup berpanas dan berhujan dalam mencari rezki untuk kita....jagalah mereka sebaik mungkin....selagi hayat mereka masih ada..
*seb bek pak takdak FB.. huhu.. mood pulang ke kampung.. jumpa dia.. jumpa mak.. jumpa my wife yang sarat mengandung menanti hari.. windu semua.. sayang family aku.. cuma kadang aku neh tak cakap.. tp sebenarnya aku sayang.. "Depa tak tau yang kita ni sayangkan depa".. ayat iklan skit.. Cuti hingga selasa 21 june