Thursday, March 1, 2012

Tentang Janji Itu Pasti

Tidak pernah terlintas kala hati ini bersama sama dengamu hingga satu masa telah kita bertemu merasakan jodoh itu telah ada pada kita..

Kerana jodoh itu punyai rahsia tersendiri hinggalah akad itu telah sah, dan kita menjadi halal.. 

Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yang memilihmu untukku.. Tersurat satu takdir antara kita, ada cahaya menyuluh kegelapan di dalam arah perjalanan kehidupan kita.. Kita yang masih lagi tercari cari arah tuju.. 
Semoga apa yang kita lakukan sekarang berbuah manis nantinya.. Semoga apa yang kita kerjakan akan menjadi catatan manis untuk kita berdua.. Hingga suatu masa nanti, kita kan bahagia jua hingga akhir usia..
Aku tidak pernah mengharap mencintaimu tapi Allah telah menundukkan hatiku untuk menerima dirimu seadanya.. Memberi rasa dan tanggungjawap sebagai seorang yang punyai kekuatan.. Di dalam kita masih lagi tergapai gapai mencari apa ertinya kebahagiaan..

Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu tapi Allah yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu.. Memiliki satu sandaran hati agar dapat menyelami dan menghargai nilai erti kesetiaan..

Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu tapi Allah yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu.. Dan kerana kamu adalah kesayanganku.. Dan kerana kamu adalah kewajipanku.. 

Kelak nanti, akan dipersoalkan padaku tentang didikanku terhadapmu.. Di persoalkan tentang kewajipanku terhadap tanggungjawapku.. Dan aku takut.. Tidak mampu untuk memberi jawapan..

Itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Kerana Sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.. 
Aku ingin bersamamu, aku ingin suka dan duka bersamamu selalu.. Kerana ku sedari semakin kuat erti cinta mula bersemi walau amat jarang ku katakan di alam realiti
Telah kita bersatu dan bersama.. Kerana kita ada, hidup di dalam realiti.. Sejarah lalu biarlah menjadi memori lalu.. Kenangan lalu biarlah saja pergi tanpa ada tolehan lagi..
Haruslah kamu tahu, kamu bukanlah yang pertama buatku merasakan apa yang ada di dalam jiwa ini.. Tapi tahukah kamu, telah ku berjanji kuat dalam dakap dada ini, kamulah insan terakhir buatku, InsyaAllah~
Kerana janji itu, pasti kita sama sama menjaganya hingga sampai satu masa berpisah kita cumalah mati



Comments
2 Comments

2 Orang Yang Prihatin: